Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.de.ra] | ايندرا

Definisi : 1. = Betara I~ dewa yg memerintah di angkasa (menurut kepercayaan Hindu); 2. sl sj dewa-dewa yg kurang tinggi martabatnya: beroleh selamat sempurnalah anakanda drpd sekalian bencana raja-raja di atas kayangan, mambang dewa, cendera dan ~; 3. sl raja atau kerajaan; mahkota ~ mahkota raja; pulau ~ pulau tempat tinggal raja-raja; Pulau I~ Sakti sebuah pulau di Sungai Perak (tempat bersemayam seorang Sultan Negeri Perak); 4. gelaran orang besar-besar negeri; Dato’ Maharaja I~ gelaran orang besar-besar negeri Perak; keinderaan inderaloka, tempat Betara Indera, syurga: alkisah, maka tersebutlah perkataan Bentara Majapahit, asalnya dr ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.de.ra] | ايندرا

Definisi : 1 roh yg dipercayai menguasai alam dan manusia (dr pandangan orang Hindu); dewa. 2 raja yg berkuasa; yg amat mulia: mahkota ~ mahkota raja. 3 gelaran kehormatan utk orang-orang besar negeri: Orang Kaya ~ Pahlawan. 4 rupa atau bentuk. menginderakan menjadikan berupa; memberi bentuk: Allah menjadikan suatu makhluk yg tidak boleh diinderakan, iaitu malaikat. keinderaan tempat segala dewa kayangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indera

Puisi
 

Pakai sepatu Indera Bangsawan,
     Sayang pak imam pergi ke kota;
Jangan begitu wahai kawan,
     Teguhkan iman di dalam dada.


Lihat selanjutnya...(7)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
HIKAYAT INDERA BANGSAWAN SASTERAKarya
HUSSEIN MOHAMED TAIB, ORANG KAYA INDERA SHAHBANDAR, DATO'HUSSEIN MOHAMED TAIB, Orang Kaya Indera Shahbandar, Dato’ (1897-1950), pentadbir. Dia lahir pada 31 Mac 1897 di Pekan, Pahang. Dia adalah keturunan pembesar Bugis-Johor yang telah berhijrah ke Pahang pada abad ke-18.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAN IDRIS WAN MUHAMMADWAN IDRIS WAN MUHAMMAD (1790-an-1882), pembesar dalam kerajaan Pahang.  Dia lahir di Bukit Kota, Pahang. Wan Idris telah dilantik sebagai Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai yang kelima (Tuk Raja) menggantikan bapanya, Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad I.  Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai ialah gelaran bagi jawatan Orang Besar Berempat yang terkanan dan paling berpengaruh dalam sistem hierarki kerajaan Melayu Pahang, selain daripada Orang Kaya Indera Segara, Orang Kaya Indera Pahlawan dan orang Kaya Indera Syahbandar. SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAN MUHAMMAD WAN IDRISWAN MUHAMMAD WAN IDRIS (1825-1919), pembesar dalam kerajaan Pahang. Dia lahir di Bukit Kota, Pahang.  Wan Muhammad telah dilantik oleh Bendahara Seri Wak Raja Wan Ahmad sebagai orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai yang keenam (Tun Raja) pada tahun 1882, menggantikan ayahnya Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Idris bin Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Muhammad.  Dia adalah anak sultan daripada empat orang adik-beradik.  Ibunya ialah isteri kedua Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai Wan Idris.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
SYED HUSSAIN JAMALULLAIL

SYED HUSSAIN JAMALULLAIL (1834-1873), Raja Perlis yang pertama (1854-1873).  Baginda diputerakan pada 20 Mei 1834 di Arau, Perlis.  Baginda dilantik sebagai Raja Perlis oleh Raja Siam, Rama III, dengan sokongan dan persetujuan Raja Ligor pada tahun 1854.  ketika itu negeri Perlis masih di bawah jajahan Kedah yang dinaungi kerajaan Siam.  Baginda memberi gelaran negeri Perlis `Indera Kayangan’.  Pemerintahan baginda berdasarkan Perlembagaan Negeri Kedah.  Baginda melantik Syed Abdullah Jamalullail sebagai Raja Muda, Muhammad Arsyad bin Muhamad Yunus (Datuk Awang/Datuk Belat Paduka Seri Perdana Menteri/Datuk Arau) sebagai Perdana Menteri, Ibrahim (Alang Kecik) digelar Datuk Seri Lela Pahlawan, dan Lahim digelar Datuk Seri Indera Dewa.  Datuk Arau telah membuka tempat raja bersemayam yang dinamakan Arau.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PULAU PENYENGATPULAU PENYENGAT, pusat kerajaan Riau-Lingga pada abad ke-19. Pulau kecil ini terletak bertentangan Tanjung Pinang, di Pulau Bintan, Kepulauan Riau, Indonesia. Pulau ini juga dikenal dengan nama Pulau Penyengat Indera Sakti yang bermaksud ‘pulau kerajaan’, dan dalam tulisan Eropah ia disebut sebagai Pulau Mars.SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
MAHARAJA PERBA JELAI

MAHARAJA PERBA JELAI (? - ?), pemerintah Jelai, dalam kerajaan Melayu Pahang. Nama sebenarnya ialah Datuk Orang Kaya Indera Maharaja Perba Jelai, atau lebih dikenal dengan panggilan Tuk Raja. Daerah kekuasaannya meliputi Tanjung Lindung di hilir, berhampiran dengan Jerantut hingga ke sempadan Perak dan hulu Kelantan di bahagian hulu. Daerah ini telah dibeli olehnya daripada Sultan Johor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JELAI

JELAI, kawasan yang pernah dikuasai oleh Maharaja Perba Jelai, seorang pembesar Pahang yang termasyhur. Jelai terletak di utara Sungai Pahang, yang mana Sungai Jelai ialah sungai yang penting sekali sebelum kedatangan British ke Pahang. Jelai berada di bawah pemerintahan Bendahara Ali dibantu oleh Orang Kaya Indera Maharaja Perda Jelai. Maharaja Perda Jelai membantu Bendahara Ali untuk memerintah negerinya dengan aman.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKesultanan/Kerajaan/Pemerintahan
MISBAHA

MISBAHA (1917-1992), penulis.  Dia lahir pada 13 Jun 1917 di Kampung Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.  Nama sebenarnya ialah Haji Mohamad Salleh bin Haji Awang.  Nama pena lain yang pernah digunakan ialah Putera, Indera dan Asmar.

SASTERATokoh
J.M. AZIZ

J.M. AZIZ (1934-     ), penyair. Dia lahir pada 7 Mei 1934 di Kampung Tanjung Luang, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu. Nama sebenarnya ialah Abdul Aziz bin Abdul Rahman. Selain nama J.M. Aziz, dia juga menggunakan nama samaran Jiwa Merana, Ibnu Abdul Rahman, Mesra, Indera dan Azizah Rahman.

SASTERATokoh
12

Kembali ke atas