Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata inderagiri

Puisi
 

Inderagiri pasirnya lumat,
     Kerang bercampur dengan lokan;
Bagai nabi kasihkan umat,
     Begitu saya kasihkan puan.


Lihat selanjutnya...(14)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
RETIH

RETIH, wilayah di Inderagiri Hilir, propinsi Riau, Indonesia. Retih yang terletak di muara sungai dikenali kerana pernah terjadi peperangan yang besar antara orang Melayu pimpinan Panglima Besar Retih dengan armada Belanda pada tahun 1858.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
ENGKU NGAHENGKU NGAH, (1774 – 1828), bangsawan Riau. Engku Ngah dikenal juga dengan nama Raja Idris bin Raja Haji, putera kedua Yang Dipertuan Raja Haji, Riau. Ibunya, Encik Uning, berasal dari Inderagiri. Engku Ngah berkahwin dengan raja Safiah, anak Yang Dipertuan Muda Raja Ali, dan mendapat dua orang anak perempuan. Nama Engku Ngah disebut beberapa kali dalam Tuhfat al-Nafis, karya yang dimulakan oleh bapa saudaranya. Raja Ahmad dan dilengkapi oleh sepupunya Raja Ali Haji. Engku Ngah merupakan salah seorang anggota angkatan Riau yang menyerang Melaka pada tahun 1784, tetapi dia meninggalkan Melaka dengan beberapa orang Bugis yang lain selepas Belanda menawan Riau pada tahun 1787. Orang Bugis kemudian kembali ke Melaka, tetapi disebabkan perkelahian yang berterusan dengan orang Melayu, Engku Ngah bersama-sama beberapa orang anak raja yang lain pergi ke Selangor. Pada sekitar tahun 1804, dia membantu Selangor menyerang Perak. Sebagai ganjaran, dia diberikan hak ke atas perlombongan bijih timah di daerah Kelang. Tidak lama kemudian, Engku Ngah kembali ke Riau. Menurut Tuhfat al-Nafis, Engku Ngah dimurkai oleh orang istana kerana hubungannya dengan ulama Minangkabau dan dituduh mengamalkan tarekat.SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
WAHID SATAY

WAHID SATAY (1930-      ), pelawak dan pelakon filem.  Nama sebenarnya ialah Abdul Wahid Ahmad.  Dia lahir di Inderagiri, Riau, Indonesia tetapi dibesarkan di Singapura.  Wahid Satay pernah bekerja sebagai kelasi kapal, kemudian pelukis latar filem dengan Studio Cathay Keris.  Di samping melukis, dia berlakon filem secara sambilan.

BUDAYATokoh
ENGKU TENGAH RAJA HAJI

ENGKU TENGAH RAJA HAJI, ( ? - ?), puteri keempat raja haji, Yang Dipertuan Muda Riau Keempat. Ibunya berasal dari Inderagiri (Sumatera). Engku Tengah dibesarkan di Riau –Lingga. Sewaktu Sultan Ibrahim Syah, Sultan Selangor yang kedua  (1778 – 1826) berkunjung ke Riau –Lingga, sekitar tahun 1800, baginda mengahwini Engku Tengah (sepupunya) dan Engku Tengah digelar Engku Puan Selangor.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
JAJAHAN

JAJAHAN,   wilayah yang diletakkan secara khusus di bawah pemerintahan sesebuah negeri.  Perkataan jajahan hanya digunakan sekali-skala dalam teks awal yang berbahasa Melayu seperti Sejarah Melayu.  Pada zaman Kesultanan Melaka, jajahan telah mengetepikan wilayah yang tidak ditadbir secara langsung seperti Siak, Inderagiri dan Kampar.  Ketiga-tiga wilayah tersebut telah diperintah oleh beberapa orang raja yang dilantik oleh kerajaan pusat di Melaka dan hanya dikenal sebagai tanah atau negeri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas