Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata indian


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INDIAN PIPE UMUM 
MALAYSIAN INDIAN CONGRESS (MIC)

Malaysian Indian Congress (MIC) ialah parti terbesar kaum India di Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
KATALPA

Katalpa, juga dikenali sebagai Indian bean, ialah

nama sekumpulan pokok yang berasal dari timur

Asia, Amerika Utara dan Hindia Barat. Terdapat

kira-kira 10 spesies katalpa. Katalpa biasanya

mempunyai bunga yang besar, berwarna putih. Ia

juga biasanya ditanam sebagai pokok teduh dan

juga untuk kayunya.

UMUM 
V.T. SAMBATHANAhli politik dan Presiden parti Malayan Indian congress (MIC)SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
V. MANICKAVASAGAM, TAN SRIAhli politik dan Presiden parti Malayan Indian Congress (1973-1979).SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
S.O.K. UBAIDULLAH, TAN SRI

S.O.K. Ubaidullah, Tan Sri (1918- ) ialah

tokoh Maal Hijrah 1989 dan Pengerusi Tetap

Malaysian Indian Congress (MIC) semenjak 1

Januari 1994. Dia juga dikenali sebagai ahli

perniagaan, pendakwah, dermawan, penulis, ahli

akademik, dan ahli politik. S.O.K. Ubaidullah

berhijrah ke Tanah Melayu pada tahun 1938

sewaktu berusia 20 tahun. Ketika itu

dia baru sahaja menamatkan pengajian di

Universiti Madras, India. Dia bekerja dengan abang

iparnya dari tahun 1939 hingga tahun 1949.

Keluarganya tinggal di Sungai Ujong, Negeri

Sembilan (kini kawasan tersebut dikenali sebagai

Seremban), dan mengambil kontrak memberi

perkhidmatan lampu pada waktu malam di bandar

tersebut. Kemudian pada penghujung tahun 1949,

dia berpindah ke Kuala Lumpur dan membuka

cawangan perniagaan keluarganya di bandar

tersebut dan memberi perkhidmatan yang sama di

sepanjang Jalan Tun Perak (dahulu dikenali sebagai

Jalan Mountbatten dan sebelumnya dikenali

sebagai Java Street).

UMUM 
CHEROKEE

Cherokee ialah puak Red Indian yang terbesar di Amerika Syarikat. Mereka mendiami kawasan pergunungan di bahagian barat Carolina, utara Georgia dan timur Tennesse.

BUDAYABangsa/Suku/Kaum
PARTI PERIKATAN

PARTI PERIKATAN, gabungan tiga buah parti politik tiga kaum utama di Tanah Melayu iaitu Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC).  Gabungan ini diasaskan pada tahun 1952 dan ditubuhkan secara rasmi pada tahun 1954.  Parti Perikatan telah memerintah Persekutuan Tanah Melayu dari tahun 1955 hingga tahun 1974, sebelum ia ditukarkan kepada nama Barisan Nasional.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
PARTI PERIKATAN SABAH

PARTI PERIKATAN SABAH, parti politik.  Parti Perikatan Sabah merupakan gabungan empat buah parti politik yang terdiri daripada United Pasok Momogun Kadazan Organisation (UPKO) yang mewakili bumiputera bukan Islam iaitu kaum Dusun-Kadazan dan Murut; Parti Kebangsaan Sabah Bersatu (USNO) yang mewakili bumiputera Islam iaitu kaum Bajau, Suluk, Brunei, Iranun dan Bisaya; Sabah Chinese Association (SCA) yang mewakili kaum Cina dan Sabah Indian Community (SIC) yang mewakili kaum India. Parti ini didaftarkan pada 13 November 1962.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPersatuan
KONGRES KEBANGSAAN MELAYU

KONGRES KEBANGSAAN MELAYU, kongres yang dianjurkan oleh orang Melayu menentang  cadangan Perlembagaan merdeka yang dikemukakan oleh Perikatan dan suruhanjaya Reid. Kongres ini diadakan pada 4 Mei 1957. Suruhanjaya Reid yang dibentuk oleh British untuk merangka Perlembagaan Merdeka Tanah Melayu pada tahun 1956 menggunakan cadangan  perlembagaan Perikatan. Perikatan dianggotai oleh Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), Malayan Chinese Association (MCA) dan Malayan Indian Congress (MIC).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi

Kembali ke atas