Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.dus.tri] | ايندوستري

Definisi : perusahaan (biasanya secara besar-besaran) utk membuat, menghasilkan, mengeluarkan barangan: negara itu mempunyai ~ yg maju; ~ berat perusahaan yg mengeluarkan barangan atau bahan utk keperluan perusahaan lain; ~ kecil dan sederhana perusahaan yg pusing ganti jualan tahunannya tidak melebihi RM25 juta, dan jumlah pekerja tidak melebihi 150 orang; ~ ringan perusahaan yg memerlukan modal kecil utk mengeluarkan barangan pengguna; mengindustrikan menjadikan industri; perindustrian perihal industri, yg berkaitan dgn industri: negara ~ negara yg kehidupan sebahagian besar drpd penduduknya bergantung pd industri; pengindustrian usaha (kegiatan, proses) mendirikan dan memajukan perusahaan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.dus.tri] | ايندوستري

Definisi : 1 perusahaan secara besar-besaran: negara ~ negara yg mendapat hasil yg banyak drpd industri-industrinya. 2 perusahaan kerajinan tangan atau kerja tangan. perindustrian hal mengenai industri. ~ desa perusahaan yg dilakukan di rumah spt membuat bahan-bahan anyaman, tembikar, songket. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
industri (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan perusahaan, pembuatan, perkilangan, perdagangan, perniagaan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PEMINDAHAN JISIMOperasi yang terdapat dalam setiap loji pemprosesan industri kimia, petrokimia, gas asli, petroleum, makanan, elektronik, dan biologi. Dalam industri tersebut, bahan mentah diproses secara kimia atau fizik untuk menghasilkan produk yang lebih berharga. Walaupun setiap industri melibatkan bahan mentah dan produk yang berbeza, ia menggunakan operasi pemprosesan tertentu yang mempunyai persamaan antara satu industri dengan industri yang lain. Pemisahan minyak mentah dengan menggunakan penyulingan, pemisahan pepejal daripada ampaian menggunakan penurasan, dan penyingkiran air melalui penyejatan merupakan contoh operasi unit yang digunakan dalam industri. Setiap operasi unit seperti penyulingan berbeza dari segi fizikal bagi industri petrokimia dan industri pemprosesan minyak sawit, tetapi direka bentuk berasaskan teknik dan prinsip yang sama.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
PERTANIAN

Pertanian ialah industri yang paling penting di

dunia. Industri ini menyediakan bahan makanan

untuk kita. Industri pertanian juga membekalkan dua

keperluan asas manusia – pakaian dan tempat tinggal.

Selain itu, industri pertanian menyediakan bahan-

bahan yang digunakan untuk menghasilkan banyak

produk industri, seperti cat dan ubat-ubatan. Kira-kira

separuh daripada tenaga kerja di dunia berkhidmat

dalam bidang pertanian – jauh lebih ramai daripada

industri lain.

UMUM 
INDUSTRI RUANG UDARA UMUM 
INDUSTRI PERKHIDMATAN UMUM 
INDUSTRI PERIKANAN UMUM 
INDUSTRI PERFILEMAN UMUM 
INDUSTRI KOTEJ UMUM 
INDUSTRI KIMIA UMUM 
INDUSTRI UMUM 
PEMVULKANAN PRODUKIndustri penghasilan ubatan moden dan tradisional atau lebih dikenali sebagai industri produk farmaseutik. Produk farmaseutik boleh dihasilkan secara proses biologi atau proses kimia. Produk industri farmaseutik digunakan secara meluas dalam bidang perubatan untuk rawatan terapi dan juga dalam kerja-kerja diagnostik. Penghasilan produk dalam industri farmaseutik biasanya melibatkan empat proses yang utama, iaitu proses penghasilan, penulenan produk, dan kawalan mutu produk serta pembungkusan dan pemasaran.KEJURUTERAANProses/Tindak Balas
12345678910...

Kembali ke atas