SUNGAI NIL | Sungai Nil ialah sungai terpanjang di dunia. Ia mengalir sepanjang 6671 kilometer melalui timur laut Afrika. Sungai Nil berpunca berdekatan Garisan Khatulistiwa dan mengalir ke Laut Mediterranean. Sungai ini mengairi kira-kira 2.4 juta hektar tanah di Mesir dan kira-kira 1.1 juta hektar di Sudan. | UMUM | |
SOFIA | Sofia (pend. 1 056 945; pend. kaw. met. 1 142 582) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Bulgaria, di samping merupakan pusat ekonomi dan kebudayaan yang terpenting. Bandar ini terletak di barat Bulgaria dan dikelilingi oleh Banjaran Balkan dan banjaran gunung lain. Untuk lokasinya, lihat Bulgaria (peta). | UMUM | |
PERJANJIAN KAWASAN EKONOMI EROPAH (EEA | Perjanjian Kawasan Ekonomi Eropah (EEA) mula berkuat kuasa pada 1 Januari 1994. Perjanjian ini mewujudkan kawasan perdagangan bebas yang terbesar bagi 372 juta pengguna. Ia merupakan satu perdagangan dan pakatan ekonomi antara semua anggota Kesatuan Eropah berserta Norway dan Iceland , iaitu ahli Pertubuhan Perdagangan Bebas Eropah (EFTA). Liechtenstein turut sama dalam perjanjian EEA ini pada 1 Mei tahun 1995. | UMUM | |
REPUBLIK CZECH | Republik Czech ialah negara yang terletak di tengah Eropah yang memperoleh kemerdekaan pada 1 Januari 1993. Negara ini bersempadan dengan Poland di sebelah utara, Slovakia di sebelah timur dan Jerman di sebelah barat. Prague ialah ibu negaranya dan bandar yang terbesar. Dari tahun 1918 hingga 31 Disember 1992, kawasan yang kini Republik Czech bersatu dengan Slovakia bagi membentuk sebuah negara yang lebih besar dikenali Czechoslovakia. | UMUM | |
SAN JUAN | San Juan (pend. 434 849; pend. kaw. met. 1 086 376) ialah ibu negara dan bandar terbesar di Puerto Rico. Bandar ini juga merupakan pelabuhan utama pulau ini. Bahagian lama bandar ini terletak di pulau di luar pinggir laut utara Puerto Rico. Kawasan kediaman yang baru terletak di pulau utama. Empat buah jambatan dan sebatang jalan dibina untuk menghubungkan kedua-dua bahagian tersebut. | UMUM | |
DIDGERIDOO | Didgeridoo ialah sejenis alat muzik yang digunakan oleh Orang Asli Australia di utara Australia dalam upacara keagamaan. Kebanyakan alat ini panjangnya lebih kurang 1.5 meter tetapi ada juga yang panjangnya 3 hingga 4.5 meter. | UMUM | |
SUNGAI MACKENZIE | Sungai Mackenzie, di Wilayah Timur Laut, ialah sungai terpanjang di Kanada. Sungai ini mengalir ke utara dan barat sejauh kira-kira 1700 kilometer dari Tasik Great Slave menuju ke Laut Beaufort. Kebanyakan bahagian sungai ini melebihi 1.5 kilometer lebar. Kira-kira 1500 meter padu air mengalir ke muaranya pada setiap saat. Air yang mengalir masuk ke Sungai Mackenzie berpunca dari anak sungai, termasuklah Sungai Liard, Sungai Great Bear, Sungai Red Artik dan Sungai Peel. Air juga masuk dari Tasik Great Slave melalui Sungai Slave yang mengumpul air dari Sungai Peace dan Sungai Athabasca. Sungai Mackenzie mengambil sempena nama pengembara Kanada, Sir Alexander Mackenzie. | UMUM | |
NEBRASKA | Nebraska (pend. 1 584 617) ialah negeri di kawasan barat tengah Amerika Syarikat. Negeri ini adalah sebuah kawasan pertanian utama. Hasil tanaman utamanya ialah jagung. Nama julukan bagi Nebraska ialah Cornhusker State . Nama Nebraska berasal dari perkataan Orang Asli Amerika Oto, iaitu nebrathka . | UMUM | |
PERTH | Perth (pend. 1 143 265) ialah ibu negeri dan pusat perniagaan Australia Barat. Bandar ini terbentang di sepanjang dataran di antara Lautan Hindi di barat dan bukit bukau Tubir Darling di timur. Perth terletak 3352 kilometer dari Sydney. Kira-kira 70 peratus penduduk Australia Barat tinggal di Perth. | UMUM | |
NAGPUR | Nagpur (pend. 1 617 951) ialah bandar India dalam negeri Maharashtra. Bandar ini bergilir-gilir dengan Mumbai mewakili kerusi dalam badan perundangan negeri. Bandar ini terletak di Sungai Nag. Untuk lokasi, lihat India (peta politik). | UMUM | |