Mesin pintal ialah mesin untuk memintal yarn. Seperti roda pintal, mesin ini juga dapat digerakkan dengan injakan kaki atau dengan tangan. Tetapi mesin pintal ini boleh memintal lebih daripada satu yarn pada satu-satu masa. Idea untuk memintal yarn secara berganda ini telah pun difikirkan oleh James Hargreaves, penenun Inggeris pada tahun 1764. Dia ternampak bahawa spindel yang tegak dalam roda pintal yang telah diterbalikkan akan terus berpusing. Pada tahun 1770, dia mempatenkan mesin yang berkeupayaan memintal 16 yarn pada satu-satu masa. |