Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.sti.tu.si] | اينستيتوسي

Definisi : 1. badan atau organisasi yg ditubuhkan utk sesuatu tujuan tertentu; ~ kewangan bank dsb; ~ pengajian tinggi universiti atau maktab; 2. sesuatu (spt agama, ciri-ciri budaya, dll) yg sudah berakar umbi atau menjadi kukuh dlm masyarakat dll: ~ pawang, bomoh, atau dukun sudah ada dlm budaya Melayu berabad-abad lamanya; penghuraian terhadap ~ agama Islam; menginstitusikan menjadikan (sbg suatu) institusi, menjadikan sesuatu berakar umbi atau kukuh dlm masyarakat dll: berpunca drpd keadaan inilah timbul satu perbezaan jelas antara lelaki dan wanita, lalu diinstitusikan; keinstitusian yg berkaitan dgn sistem, ciri, atau sifat institusi: susunan ~ hendaklah mencerminkan tahap amanah yg tinggi, sikap terbuka, dsb; penginstitusian perihal menginstitusikan sesuatu (badan, organisasi, kaedah) supaya kukuh dlm masyarakat atau organisasi: kelompok sains itu mempunyai beberapa ciri khusus yg memungkinkan ~ kaedah sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.sti.tu.si] | اينستيتوسي

Definisi : badan yg melaksanakan tugas yg bersifat am.. ~ pengajian tinggi universiti dsb (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
institusi
Bahasa Asal :Inggeris
Rujuk :organisasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AUSTEN, JANE

Austen, Jane (1775–1817), salah seorang penulis

novel yang sangat digemari di England. Tulisannya

mengandungi sindiran tentang institusi-institusi

sosial pada zamannya. Dalam setiap satu daripada

enam novelnya, mengisahkan seorang wanita

bertemu dan mengahwini seorang lelaki selepas

menempuh pelbagai kesukaran, yang sering kali

melucukan. Halangan-halangan ini dapat membantu

sebelah pihak atau kedua-dua belah pihak mengenal

diri mereka sendiri, yang diperlukan untuk

perkahwinan yang bahagia. Tidak ramai penulis yang

dapat menandingi kelebihan Jane Austen dalam

mengenal pasti kelemahan manusia, gambarannya

tentang hidup seharian yang penuh kasih sayang

ataupun prosa-prosanya yang licik dan indah.

UMUM 
INSTITUSI SMITHSONIAN UMUM 
INSTITUSI KEWANGAN

Institusi kewangan, institusi yang menyediakan pelbagai perkhidmatan berkaitan dengan kewangan kepada unit-unit ekonomi isi rumah dan kerajaan.

EKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
RABELAIS, FRANÇOIS

Rabelais, François (1494?–1553?) ialah ahli

humanisme Perancis yang menghasilkan dua

hikayat komedi yang berjudul Gargantua and

Pantagruel . Gargantua dan anaknya Pantagruel

ialah gergasi yang kuat makan. Dalam karyanya,

Rabelais menggunakan lawak jenaka untuk

mempersoal dan menguji institusi-institusi yang

paling penting pada zamannya. Misalnya, huraian

komedi tentang pendidikan Gargantua sebenarnya

mengkritik kaedah pendidikan pada masa itu dan

mengutarakan buah fikiran Rabelais sendiri dalam

perkara yang sama. Walaupun terkenal kerana

humornya yang agak kasar, Rabelais menulis

dengan serius tentang banyak perkara.

UMUM 
INSTITUT BAHASAINSTITUT BAHASA, institusi pendidikan. Institusi ini dimulakan pada tahun 1958 di kampus sementaranya di Bukit Senyum, Johor Bharu. Nama asalnya ialah Maktab Bahasa. BAHASAInstitusi/Organisasi
PERODUAInstitusi pembuatan kenderaanEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
RUMAH PENJELASANInstitusi ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
PERUSAHAAN AWAMInstitusi ekonomiEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
PERTAMINAInstitusi perusahaan petroliam IndonesiaEKONOMI DAN PENGURUSANInstitusi/Organisasi
AL JAZEERAInstitusi yang berkaitan dengan komunikasi maklumatTEKNOLOGIInstitusi/Organisasi
12345678910...

Kembali ke atas