Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : vt (fml) memulakan; (custom, law) memperkenalkan: he ~d proceedings against the company, dia memulakan tindakan undang-undang thdp syarikat itu; the mayor has ~d many reforms since he assumed office, datuk bandar itu telah memulakan berbagai-bagai pembaharuan sejak memegang jawatan; to ~ a rehabilitation programme for drug addicts, memulakan rancangan pemulihan utk penagih dadah. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)


Definisi : n 1. formal organization established for a special purpose, institut: the I~ of Architects, Institut Arkitek; MARA I~ of Technology, Institut Teknologi MARA; 2. building occupied by such an organization, (bangunan) institut: I asked her to wait for me outside the I~ of Accountants, saya menyuruh dia menunggu saya di luar bangunan Institut Akauntan; (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata institute


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INSTITUTE OF FRANCE UMUM 
MAKMAL PENDORONGAN JET

Makmal Pendorongan Jet (Jet Propulsion

Laboratory) ialah pusat reka bentuk pesawat tanpa

pemandu, dan pengawalannya di angkasa. Makmal

ini dikendalikan oleh California Institute of

Technology yang terletak di Pasadena, California,

Amerika Syarikat. Ia melaksanakan tugas ini bagi

pihak Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa

Kebangsaan – National Aeronautics and Space

Administration (NASA).

UMUM 
INSTITUT KAJIAN STRATEGIK DAN ANTARABANGSA MALAYSIA

Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia atau Institute of Strategic and International Studies Malaysia (ISIS), institut bebas yang menjalankan penyelidikan secara tersendiri.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, DATO'

MOHD. HILMEY MOHD. TAIB, Dato’ (1953-    ), ahli korporat, Ketua Eksekutif Kumpulan PNB (sejak 1995). Dia lahir pada 31 Mei 1953 di Kertau, Chenor, Pahang. Mohd. Hilmey menamatkan pendidikan menengahnya di Sekolah Menengah Abdul Rahman Talib, Pahang. Dia kemudian melanjutkan pelajarannya di Universiti Malaya dalam bidang perakaunan. Dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Ekonomi dengan pengkhususan dalam bidang Perakaunan pada tahun 1976. Pada tahun 1990, dia menerima ijazah Master in Business Administration daripada Cranfield Institute of Technology, United Kingdom. Dia juga seorang Akauntan Awam dan diterima sebagai ahli Malaysian Institute of Accountants pada tahun 1980.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
NELSON

Nelson (pend. 47 391) ialah bandar di utara pantai

Pulau Selatan, New Zealand. Ia terletak di hujung

Teluk Tasman. Ia juga merupakan pelabuhan utama

dan satu-satunya bandar di provinsi Nelson. Bandar

ini merupakan pusat perniagaan bagi tanaman

tembakau, hop, dan kawasan penanaman buah-

buahan. Bandar ini juga terkenal dengan cuacanya

yang cerah dan pantainya yang indah.

Cawthron Institute, salah sebuah daripada pusat

kajian pertanian utama, dan Nelson College yang

merupakan sekolah yang ternama, terletak di sini.

Ratu Victoria mengiktiraf Nelson sebagai bandar

pada tahun 1858.

UMUM 
RRIM

RRIM, institut  penyelidikan getah asli yang terbesar di dunia. RRIM ialah singkatan Rubber Research Institute of Malaysia atau Institut Penyelidikan Getah Melaysia. RRIM ditubuhkan pada tahun 1925 dan terletak di bawah Kementerian Perusahaan Utama. Ibu pejabat RRIM terletak di Jalan Ampang, Kuala Lumpur. Pusat penyelidikan RRIM pula terdapat di beberapa tempat seperti Sungai Buloh, Selangor; Kota Tinggi, Johor; dan Bukit Iban, Pahang. Pada peringkat negeri, RRIM menyediakan khidmat nasihat melalui pejabat penasihat di setiap negeri di Malaysia kecuali Sabah.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
A CRITICAL SURVEY OF STUDIES ON MALAY AND BAHASA INDONESIA

A CRITICAL SURVEY OF STUDIES ON MALAY AND BAHASA INDONESIA, siri kelima penerbitan bibliografi yang dibiayai oleh The Netherlands Institute for International Cultural Relations atau Koninklijk Instituut voor Taal Land-en Volkenkunde.

BAHASAKonsep
PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA

PERTUBUHAN PERKUMPULAN PEREMPUAN SEMENANJUNG MALAYSIA, pertubuhan yang membolehkan kaum wanita bergiat cergas dalam kegiatan kebajikan dan memajukan masyarakat. Pertubuhan ini juga dikenali sebagai Women’s Institute (WI). Pertubuhan ini telah diasaskan oleh isteri Pesuruhjaya Tinggi British, Lady Templer, pada tahun 1952. Ia merupakan satu-satunya pertubuhan yang ahli-ahlinya terbuka kepada wanita yang berumur 15 tahun ke atas dan semua bangsa dan agama dan tidak bersifat politik. Pejabat WI terletak di No. 2, Jalan Lembah 5/2, Off Jalan Gasing, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
MOHAMAD FUDOLI

MOHAMAD FUDOLI (1942-     ), penulis Indonesia.  Dia lahir pada 8 Julai 1942 di Sumenep, Madura, Indonesia.  Mohamad Fudoli mendapat pendidikan di Sekolah Menegnah Atas (SMA) di Madura dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel di Surabaya.  Sewaktu menuntut di IAIN Surabaya, Mohamad Fudoli aktif sebagai anggota organisasi Lembaga Seni Budaya Islam (Lesbumi) di Surabaya (1965).  Pada tahun 1966, dengan biasiswa daripada Emiriah Arab Bersatu, dia menyambung pelajaran di Univeristi al-Azhar, Mesir dalam bidang falsafah.  Kemudian dia melanjutkan pengajian sejarah di Institute of Islamic Studies dan Institute of Arabic Studies.  Semasa belajar dia bekerja secara sambilan dengan kedutaan besar Republik Indonesia di Kaherah, Mesir.

SASTERATokoh
TING, SAMUEL CHAO CHUNG

Ting, Samuel Chao Chung (1936– ) ialah ahli

sains China kelahiran Amerika menerima anugerah

Hadiah Nobel bagi bidang fizik pada tahun 1976. Dia

berkongsi hadiah tersebut dengan Bruton Richter,

juga seorang ahli sains Amerika. Hadiah berkenaan

ialah kerana penemuan mereka tentang zarah

nuklear asas yang dikenali sebagai psi atau zarah J.

Ting, yang juga dikenali dengan nama Ding

Zhaozhong, lahir di Michigan, Amerika Syarikat.

Dia menghabiskan masa mudanya di tanah besar

China dan Taiwan. Pada tahun 1967, dia menjadi

profesor fizik di Massachusetts Institute of

Technology. Kemudian dia bekerja di European

Organization for Nuclear Research (CERN) di

Geneva , Switzerland dan di University of Columbia,

Amerika Syarikat.

UMUM 
12

Kembali ke atas