DASAR EKONOMI BARU | DASAR EKONOMI BARU, dasar pembangunan ekonomi yang digubal oleh pihak kerajaan Malaysia untuk mencapai perpaduan negara dan integrasi nasional. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Dasar |
GERAKAN PEMBEBASAN PATANI | GERAKAN PEMBEBASAN PATANI, gerakan kaum Melayu Islam Patani berteraskan ikatan etnik dan agama menentang kerajaan Bangkok. Pada awal abad ke-20, tujuh wilayah Melayu bekas Kesultanan Patani ditakluk oleh Negara Thai melalui Perjanjian Bangkok pada tahun 1909. Sejak penaklukan itu, berbagai-bagai dasar integrasi nasional telah dilaksanakan oleh kerajaan Thai. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
NAWAZ SHARIF | Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia dilantik selepas partinya Islamic Democratic Alliance memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi nasional, menggalakkan perindustrian, dan mengurangkan pergantungan bantuan dari luar negara. | UMUM | |