Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (intelék) kemampuan (daya) berfikir dan memahami (menganalisis dsb), akal budi; golongan (kaum) ~ golongan (kaum) cerdik pandai, golongan cendekiawan, golongan terpelajar; mengintelekkan menjadikan seseorang intelek. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /intelék/ kuasa utk berfikir; akal budi: kaum (golongan) ~ kaum (golongan) terpelajar; golongan cerdik pandai. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intelek (kata nama,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan daya berfikir, akal budi.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
THOTH

Thoth ialah dewa bulan Mesir purba yang

menaungi tamadun dan seni intelek seperti

penulisan, astronomi, matematik, perundangan,

sihir, dan perbomohan. Thoth digambarkan

dalam seni sebagai tubuh manusia yang

berkepala burung sekendi. Thoth juga

digambarkan sebagai babun berkepala anjing.

Peranan utama Thoth di alam ghaib ialah

menyelia neraca penimbang roh orang yang

sudah meninggal dunia untuk menentukan sama

ada orang itu bersalah atau tidak. Thoth juga

dikaitkan dengan dewa lain. Thoth dianggap

sebagai jurutulis dewa matahari Re dan malah

ketua pegawai pentadbir Re. Dalam mitos

penciptaan dari Memphis, Thoth menjadi lidah

dewa pencipta, Ptah yang mencipta dunia.

UMUM 
KUMPULAN BLOOMSBURY

Kumpulan Bloomsbury ialah persatuan

intelek Inggeris yang tidak rasmi yang sering

mengadakan perjumpaan dari tahun 1905 hingga

tahun 1930.

UMUM 
ARISTOTLE

Aristotle (384–322 S.M.), ahli falsafah, pendidik,

dan ahli sains Yunani yang merupakan salah

seorang ahli fikir yang paling agung dan paling

berpengaruh dalam budaya Barat. Aristotle

mungkin seorang ahli falsafah Yunani klasik atau

purba yang paling terpelajar dan paling berilmu.

Dia membiasakan dirinya dengan keseluruhan

pembangunan pemikiran Yunani sebelum

zamannya. Dalam tulisannya, Aristotle

mempertimbangkan, meringkaskan, mengkritik,

dan seterusnya mengembangkan kesemua tradisi

intelek yang kaya yang diwarisinya. Aristotle dan

gurunya Plato biasanya dianggap sebagai dua

orang ahli falsafah Yunani purba yang paling

penting.

UMUM 

Kembali ke atas