Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.tén.sif] | اينتينسيف

Definisi : (inténsif) dgn giat dan sungguh-sungguh: pertanian dijalankan secara ~; latihan dlm bidang penangkapan ikan laut dalam hendaklah diadakan secara ~; penggunaan tanah yg terlalu ~; ~ buruh memerlukan atau menggunakan tenaga kerja yg banyak supaya dapat menjalankan sesuatu tugas dlm jangka masa yg singkat (bkn industri dsb); ~ modal memerlukan pelaburan sejumlah besar wang utk membeli jentera moden dsb dlm proses pengeluaran sesuatu industri dsb; mengintensifkan menjadikan intensif, memperhebat, mempergiat, memperkuat; keintensifan perihal (keadaan) intensif, intensiti; pengintensifan perbuatan mengintensifkan sesuatu usaha: ~ penyelidikan sains. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.tén.sif] | اينتينسيف

Definisi : /inténsif/ dgn sungguh-sungguh (hebat, giat dll): membasmi buta huruf secara ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
intensif (adjektif,)
Bahasa Asal :Inggeris
Bersinonim dengan tidak henti-henti, tidak putus-putus, sungguh-sungguh, beria-ia, bermati-matian, berhabis-habisan.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ENTALPISifat sistem termodinamik yang boleh digunakan untuk mencirikan sekumpulan jirim atau sebuah peranti termodinamik yang dipisahkan daripada persekitarannya dengan sempadan tertentu. Terdapat dua jenis sifat termodinamik, iaitu sifat ekstensif dan sifat intensif. Sifat ekstensif bergantung pada jisim sistem, manakala sifat intensif bebas daripada ukuran jisim sistem. Entalpi ekstensif disimbolkan dengan huruf H, manakala entalpi intensif disimbolkan dengan huruf h. Unit bagi entalpi ekstensif H ialah kilojoule (kJ). Unit bagi entalpi intensif h pula ialah kJ/kg....Rujuk Ensiklopedia Sains dan TeknologiKEJURUTERAANKonsep
FIDLOT

Fidlot, sistem penternakan secara intensif tanpa memerlukan banyak ruang.

PERTANIANKonsep
INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM

Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), institusi pendidikan Islam yang memberikan pelajaran dan pengajaran Islam serta kursus intensif, latihan dakwah, dan kepimpinan kepada saudara baharu dan anak-anak mereka khususnya di Malaysia.

SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAANInstitusi/Organisasi
ZAINI OJE @ OZEAZAINI OJE @ OZEA (1951-      ), penulis, aktivis kesusasteraan dan kesenian.  Dia lahir pada 12 Februari 1951 di Kampung Rajang, Sarikei, Sarawak.  Dia mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Abang Galau, Kampung Rejang, Sarikei dan pendidikan menengah di Sekolah Menengah Kerajaan Three Rivers, Mukah.  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Kolej Tun Datuk Patinggi Tuanku Haji Bujang, Miri.  Pada tahun 1973, dia memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Malaya dalam bidang kesusasteraan Bahasa Inggeris.  Dia juga memperoleh Diploma In Applied Linguistics dari RELC, Singapura pada tahun 1984/1985.  Di samping itu, dia pernah menghadiri Kursus Intensif Penulis dan Pengarah Drama TV (1975), Kursus Pengadilan Drama dan Tarian (1977) dan Bengkel Tradisi Lisan dan Kem Teater (1984).SASTERATokoh

Kembali ke atas