Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ter.pré.ta.si] | اينترڤريتاسي

Definisi : (interprétasi) tafsiran, penjelasan (tentang makna, tujuan, implikasi, dsb sesuatu): berbagai-bagai ~ telah diberikan terhadap peristiwa tersebut; selama kita berpegang pd hakikat ini, selama itu pula kita tidak mungkin memberikan ~ baru terhadap karya sastera lama kita; menginterpretasikan membuat interpretasi tentang (sesuatu), mentafsirkan: tugas utama bimbingan kerjaya ialah ~ dan meramalkan perubahan belia; ~ segala bentuk tingkah laku; penginterpretasian perihal (proses) menginterpretasikan sesuatu, pentafsiran: bentuk-bentuk logik ini merupakan ~ makna yg masih berada pd tahap yg longgar dan kabur; penginterpretasi (orang dll) yg menginterpretasikan sesuatu perkara, pentafsir: ia hanya bertugas sbg ~ yg dangkal. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata interpretasi


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INTERPRETASI

Interpretasi ialah usaha mengungkapkan semula mesej dalam bahasa sumber ke dalam bahasa sasaran, yang dibuat dalam bentuk lisan atau isyarat.

BAHASAKonsep
STREISAND, BARBRA

Streisand, Barbra (1942– ) ialah penyanyi dan

seniwati Amerika yang terkenal kerana interpretasi

dramatiknya dalam mempersembahkan lagu-lagu

popular. Dia juga mendapat sanjungan sebagai

pelawak wanita, di pentas dan dalam filem.

UMUM 
NEEL, LOUIS BOYD

Neel, Louis Boyd (1905–1981), pengasas dan

memimpin Boyd Neel Orchestra, iaitu salah

sebuah orkestra bertali yang utama di Eropah.

Neel menubuhkan orkestra ini pada tahun 1932.

Para pemuzik mengagumi interpretasi lagu Bach

dan Handel yang dihasilkan oleh orkestranya. Neel

juga memimpin beberapa orkestra utama Britain.

Dari tahun 1953 hingga tahun 1971, dia menjadi

Dekan Royal Conservatory of Music di Toronto,

Kanada. Dia lahir di London.

UMUM 
MANUSIA PERAK

MANUSIA PERAK, rangka manusia yang lengkap dan tertua di Asia Tenggara. Rangka manusia lelaki yang berusia antara 40 hingga 45 tahun ini adalah daripada ras Australomelanesoid. Nama ‘Manusia Perak’ bersempena dengan tempat rangka itu ditemui iaitu di Gua Gunung Runtuh, Perak. Manusia Perak ditemui dalam keadaan in-situ dan mempunyai pentarikhan kronometrik. Dengan itu, data dapat digunakan untuk penganalisisan dan interpretasi.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBangsa/Suku/Kaum

Kembali ke atas