Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[in.ver.té.brat] | اينۏرتيبرت

Definisi : (invertébrat) (Bio) binatang yg tidak bertulang belakang, mis cacing, udang dan siput. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[in.ver.té.brat] | اينۏرتيبرت

Definisi : /invertébrat/ = haiwan ~ ist haiwan yg tidak mempunyai tulang belakang (spt cacing). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata invertebrat


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
INVERTEBRAT UMUM 
KRUSTASEA

Krustasea ialah haiwan invertebrat yang mempunyai

banyak kaki bersendi. Krustasea tidak bertulang.

Cangkerang yang dikenali sebagai rangka

luar meliputi badannya. Ketam, udang krai, udang

kara, dan udang geragau ialah krustasea, seperti

juga teritip, pinjal air, dan kutu kayu.

UMUM 
AMPHIOXUS

Amphioxus juga dinamakan lanselet ialah

haiwan laut yang kecil yang hidup di dalam air

cetek. Ia merupakan hubungan antara vertebrat

dengan invertebrat. Amphioxus tidak mempunyai

otak yang jelas, tetapi mempunyai kord saraf yang

terdapat di sepanjang belakangnya yang seperti

saraf tunjang haiwan yang mempunyai tulang

belakang.

UMUM 
BRIOZOA

Briozoa ialah sejenis haiwan air yang hanya hidup

dalam koloni. Briozoa ialah invertebrat (haiwan

tanpa tulang belakang).

UMUM 
REMBESAN

Rembesan ialah bahan berguna yang dikeluarkan

oleh sesuatu sel dan kemudian dilepaskan dari sel

tersebut. Sel yang membentuk rembesan biasanya

terdapat dalam kelenjar. Rembesan dari kelenjar

eksokrin dikeluarkan ke dalam duktus (tiub) yang

menuju ke organ-organ lain atau ke permukaan

badan. Rembesan demikian termasuk air liur, air

mata, mukus, peluh, hempedu, dan jus pankreas.

Kelenjar endokrin (tanpa duktus) mengeluarkan

rembesan terus ke dalam darah. Rembesan ini, yang

dinamakan hormon, membantu mengatur banyak

proses badan. Hormon termasuk tiroksin, insulin,

adrenalin, estrogen, dan androgen. Sel khusus

dalam usus, ginjal, jantung, dan plasenta juga

merembes hormon. Tumbuhan dan haiwan

invertebrat (tanpa tulang belakang) juga

mengeluarkan rembesan, yang sesetengahnya

mempunyai nilai komersial.

UMUM 
CHUB

Chub ialah nama beberapa jenis ikan air tawar

yang terdapat di Asia, Eropah dan Amerika Utara.

Ikan-ikan ini mempunyai kaitan dengan ikan kap,

ikan dace, ikan emas, dan ikan minnow. Ikan

chub tinggal di sungai dan tasik. Ikan ini memakan

serangga, invertebrat lain, ikan-ikan kecil dan juga

katak.

UMUMUmum

Kembali ke atas