Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.par] | ايڤر

Definisi : saudara suami (isteri); abang ~ abang suami atau isteri; adik ~ adik suami atau isteri; ~-duai, = ~-lamai saudara pupu kpd suami atau isteri; beripar mempunyai hubungan sbg ipar: dia ~ dgn saya; beriparkan mempunyai seseorang sbg ipar: Hasmah ~ seorang peguam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.par] | ايڤر

Definisi : adik-beradik kpd suami atau isteri sendiri. ~-duai (-lamai) saudara pupu kpd isteri atau suami sendiri. beripar mempunyai hubungan sbg ipar: Ramlah ~ dgn ibu saya. beriparkan mempunyai sbg ipar: Kakak saya ~ seorang doktor. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
ipar (kata nama)
Bersinonim dengan adik ipar, abang ipar, kakak ipar, ipar-duai, ipar-lamai.,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PANDAK ENDUT

PANDAK ENDUT ( ? -1877), penentang penjajah British.  Dia adalah ipar Dato' Maharaja Lela dan orang kanan dalam pakatan membunuh J.W.W. Birch, Residen British Perak.  Pandak Endut menghadiri mesyuarat yang diadakan di rumah Dato' Maharaja Lela.  Dalam mesyuarat tersebut, Dato' Maharaja Lela memaklumkan yang Sultan Abdullah, Laksamana Wan Muhammad Amin dan Syahbandar Uda Mahamor memberitahu bahawa dalam beberapa hari lagi J.W.W. Birch akan datang ke Pasir Salak dan mereka ditugaskan untuk membunuhnya.  Pandak Endut dilantik sebagai wakil Dato' Maharaja Lela dalam tindakan membunuh J.W.W. Birch. Sebagai tanda kuasa ini, dia dianugerahi satu persalinan yang terdiri daripada baju, tengkolok dan pedang.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas