Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.puh] | ايڤوه

Definisi : 1. sj tumbuhan (pokok yg getahnya beracun), Antiaris toxicaria; 2. = getah ~ racun drpd getah pokok ipuh, upas; ~ akar = akar ~ = ~ akar besar sj tumbuhan (pokok), Strychnos ovalifolia; ~ akar putih sj tumbuhan (pokok memanjat), akar serawan, Roucheria griffithiana; beripuh beracun. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ipuh


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
GETAH IPUH

GETAH IPUH, sejenis racun daripada pohon ipuh (Antiaris toxicara Leschenault daripada famili Urticaceae). Pohon ipuh tersebar luas dari India, ke selatan China dan seterusnya ke Asia Tenggara. Disebabkan racunnya, tumbuhan ini tidak ditanam tetapi hidup liar di kawasan hutan.

BUDAYASumber/Bahan Alam

Kembali ke atas