Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ri.ngan] | ايريڠن

Definisi : sisi, lambung, samping: anak itu terlena di ~nya; dia tertimpuh di sebelah ~ datuknya. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ri.ngan] | ايريڠن

Definisi : 1. yg mengiringi (mengikuti, menyertai): lagu Melayu asli dgn ~ Orkes Rindu Malam; ~ kata = kata ~ kata aluan (pendahuluan, pengantar) pd buku dll; 2. = (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ri.ngan] | ايريڠن

Definisi : sesuatu yg mengiringi (mengikuti dsb): Juara itu menyampaikan sebuah lagu dgn ~ Orkestra RTM. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
iring
Kata Terbitan : seiring, beriringan, mengiringi, iringan, iring-iringan, pengiring,


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MOORE, GERALD

Moore, Gerald (1899–1987) ialah pemain piano

British yang mencapai kemasyhuran melalui

kemahirannya sebagai pemuzik iringan. Muzik

iringannya kepada penyanyi dan pemain violin

dikagumi di seluruh dunia. Moore lahir di

Watford, Hertfordshire, England. Dia menulis

mengenai seni pemuzik iringan dalam The

Unashamed Accompanist (1943) dan Singer and

Accompanist (1953). Autobiografinya diterbitkan

dalam dua jilid: Am I Too Loud? (1962) dan

Farewell Recital (1978). Dia juga menulis

Furthermore: Interlude in an Accompanist’s Life

(1983).

UMUM 
MUZIK RAP

Muzik rap ialah suatu bentuk muzik popular

yang pada umumnya ditutur atau diratibkan

berulang-ulang dengan rentak yang cepat,

berbanding nyanyian. Rap dipersembahkan

dengan iringan muzik yang menekankan ritma

daripada melodinya. Sering kali iringan muzik ini

terdiri daripada segmen-segmen pendek daripada

muzik yang dirakamkan dahulu dan digabungkan

dengan corak-corak baru.

UMUM 
RAMBUNG

tarian Siam yang ditarikan oleh penari wanita dengan iringan muzik popular Loy Krathong.

KESENIANDrama/Filem/Teater/Persembahan
MORLEY, THOMAS

Morley, Thomas (1557 atau 1558–1602)

penggubah Inggeris pada zaman Renaissance

yang sangat terkenal dengan gubahan vokal yang

riang dan tanpa iringan dikenali sebagai madrigal

(lihat Madrigal).

UMUM 
MINNESINGER

Minnesinger adalah satu kumpulan penyair

lagu-lagu cinta di Jerman yang terkenal dari tahun

1100-an hingga 1300-an. Minnesinger

mendendangkan puisi mereka dengan iringan

muzik dalam acara-acara keramaian istana.

UMUM 
PERMAINAN KASUT RODA

Permainan kasut roda ialah suatu bentuk sukan

dan rekreasi, di mana pemain meluncur dengan

menggunakan kasut roda . Sesetengah orang

meluncur di laluan jalan kaki dan di kawasan taman,

sementara yang lainnya meluncur di gelanggang

luncur dalam bangunan bersama iringan muzik.

Ramai juga yang mengambil bahagian dalam

pertandingan permainan kasut roda. Joseph Merlin,

pereka cipta dan juga tukang pembuat alat muzik

Belgium telah mencipta kasut roda kira-kira pada

tahun 1760.

UMUM 
NYANYIAN KUARTET KEDAI GUNTING RAMBUT

Nyanyian kuartet kedai gunting rambut

merupakan gaya harmoni menggunakan empat

suara. Dalam muzik kedai gunting rambut, empat

suara menghasilkan kord empat bahagian yang

sempurna pada hampir setiap not. Penyanyi

kumpulan biasanya menyanyikan a cappella (tanpa

iringan alat muzik).

UMUM 
PUJANG G A

Pujang g a ialah penyair zaman dahulu. Pujangga

yang paling masyhur tinggal di Kawasan Celt

seperti Ireland, Scotland, dan Wales pada Zaman

Pertengahan. Mereka merupakan penyair

profesional yang bersyair tentang wira negara,

biasanya mempersendakan mereka melalui satira.

Pada umumnya pujangga bersyair dengan iringan

hap atau alat muzik bertali yang lain. Mereka

menurunkan bahan mereka daripada seorang

pujangga kepada seorang pujangga yang lain.

Pujangga menggunakan teknik puisi seperti

aliterasi dan rima dalaman. Menjelang tahun 1700-

an, pujangga Celt tidak lagi merupakan tokoh

budaya yang utama. Tradisi pujangga kini hanya

dapat bertahan dalam pesta rakyat, seperti

eisteddfod di Wales.

UMUM 
MEKMULUNG

MEKMULUNG, teater tradisional yang dipersembahkan dalam bentuk nyanyian serta iringan muzik yang berasal dari mukim Wang Tepus, Jitra, Kedah Darul Aman.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
IKAN KEKEK

IKAN KEKEK, lagu kanak-kanak. Lagu ini biasanya dinyanyikan oleh kanak-kanak dengan iringan tepukan mengikut rentak lagu.

BUDAYAKarya
12

Kembali ke atas