Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[i.ris] | ايريس

Definisi : (Bio) mata hitam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[i.ris] | ايريس

Definisi : hiris. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[i.ris] | ايريس

Definisi : ist bahagian yg berwarna yg mengelilingi anak mata. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata iris


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
IRIS UMUM 
ORRISROOT

Orrisroot ialah rizom (batang bawah tanah) iris

tertentu yang dikeringkan dan berbau wangi. Ia

digunakan untuk memberikan bau wangi violet

kepada minyak wangi. Minyak harum yang diekstrak

daripada orrisroot tidak begitu meluas digunakan

sebagaimana pada satu masa dahulu, kerana

harganya yang tinggi dan adanya pengganti sintetik.

Tetapi ia masih digunakan dalam minyak wangi

tertentu yang mahal harganya. Orrisroot berasal

daripada tiga spesies – Iris florentina, Iris

germanica, dan Iris pallida. Ketiga-tiga iris ini

ditanam dekat Verona dan Florence di Itali; dan

Grasse, di Perancis. Rizomnya digali pada musim

panas, dan dikeringkan dalam cahaya matahari. Ia

mengeluarkan bahan berlilin yang mengandungi

minyak yang berbau seperti violet dan digunakan

dalam minyak wangi. Lihat juga Iris.

UMUM 
MURDOCH, DAME IRIS

Murdoch, Dame Iris (1919–1999), novelis

British yang terkenal dengan novel-novel falsafah.

Watak dalam semua novelnya menghadapi

kemelut moral yang hebat dalam mengejar erti

cinta sejati dan kebebasan; serta sering terlibat

dalam pergolakan cinta yang kompleks. Ada

pengkritik mengatakan bahawa watak dalam novel

Murdoch merupakan patung bagi membayangkan

idea-idea falsafahnya. Sebaliknya, ada juga yang

memuji khayalan fiksyennya kerana kebijaksanaan

dan pandangan falsafah yang terkandung dalam

novelnya.

UMUM 
BUNGA PURPLE FLAG

Bunga purple flag juga dikenali sebagai

bunga iris liar, tergolong dalam genus (kumpulan)

tumbuhan yang tumbuh terutamanya di Australia.

UMUM 

Kembali ke atas