Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata irish


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LAUT IRISH UMUM 
ROYAL IRISH ACADEMY

Royal Irish Academy ialah pertubuhan ilmu

yang utama di Ireland.

UMUMUmum
KAUNTI DOWN

Kaunti Down ialah salah sebuah daripada

enam buah kaunti di Ireland Utara. Kaunti ini

terletak di antara serokan laut Belfast Lough dan

serokan laut Carlingford Lough, dan dikelilingi Laut

Irish di sebelah tenggara.

UMUM 
ARNE, THOMAS

Arne, Thomas (1710–1778), penggubah lagu

Inggeris. Dia menulis lagu patriotik “Rule,

Britannia”. Drama dan baladanya yang diiringi

dengan muzik amat penting dalam perkembangan

opera balet. Arne bersama-sama Isaac Bickerstaff,

seorang penulis drama Irish, bekerjasama

menghasilkan balada seperti Love in a Village .

Arne menulis banyak latar lagu muzik dari lakon

Shakespeare, seperti “Where the Bee Sucks” dari

lakon The Tempest. Thomas Arne lahir di London.

UMUM 
MERSEYSIDE

Merseyside ialah wilayah di barat laut England.

Ia merupakan kaunti metropolitan dari tahun 1974

hingga tahun 1986. Ia dinamakan sempena nama

Sungai Mersey. Kuala Sungai Mersey mengalir

menerusi Merseyside di barat laut England dan

terus memasuki Laut Irish (Ireland).

UMUM 
SLIEVE DONARD

Slieve Donard ialah puncak tertinggi di

Pergunungan Mourne di Down, Ireland Utara.

Tingginya ialah 852 meter di atas aras laut. Pada

hari yang cerah, Pergunungan Donegal di barat,

Pergunungan Wicklow di selatan, dan Isle of Man

di Laut Irish dapat dilihat dari puncak Slieve

Donard. Nama puncak ini diambil sempena nama

seorang santo pada tahun 400 M.

UMUM 
SHAMROCK

Shamrock ialah sejenis herba kecil yang

daunnya terdiri daripada tiga anak daun. Ia ialah

simbol kebangsaan Ireland. Mengikut legenda,

Saint Patrick menanam Shamrock di Ireland kerana

ketiga-tiga anak daunnya menggambarkan Triniti

Suci. Ramai orang Ireland memakai shamrock pada

Hari Saint Patrick. Shamrock berasal daripada

perkataan Irish yang bermakna trefoil (tiga daun).

UMUM 
DEE

Dee ialah nama lima batang sungai di Britain atau

di Ireland. Sungai yang paling terkenal berpunca

dari Tasik Bala, Gwynedd, Wales, mengalir melalui

Clwyd dan kemudiannya membentuk sebahagian

sempadan Wales dengan England. Sungai ini terus

mengalir melalui Cheshire sebelum mengalir

masuk ke Laut Irish. Panjang sungai ini lebih

kurang 110 kilometer.

UMUM 
PARTI TORY

Parti Tory ialah parti politik konservatif di Great

Britain. Istilah ini berasal daripada perkataan Gaelik

yang bererti diburu atau orang yang diburu dan

digunakan pada pertengahan tahun 1600-an untuk

merujuk kepada penjahat Irish.

UMUM 
SELAT SAINT GEORGE

Selat Saint George ialah cabang selat di Lautan

Atlantik yang memisahkan Wales dari bahagian

selatan Ireland. Panjangnya lebih kurang 160

kilometer dan lebarnya antara 97 kilometer dan 160

kilometer. Selat ini bermula dari Holyhead dan

Dublin hingga ke St. David’s Head,

menyambungkan Laut Irish dengan Lautan Atlantik.

UMUM 
12

Kembali ke atas