ALIRAN BENDALIR | Sistem terbuka dikenali juga sebagai isipadu kawalan. Dalam analisis aliran secara isipadu kawalan, pertama ditakrifkan sebagai satu rantau atau daerah kajian. Untuk membezakan daerah kajian daripada persekitarannya, maka satu sempadan yang meliputi rantau kajian dilakarkan. Sempadan ini dikenali pula sebagai permukaan kawalan S.Pada permukaan kawalan inilah jisim, tenaga, dan momentum boleh keluar masuk isipadu kawalan tersebut.....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |
GAS UNGGUL | Gas yang memenuhi persamaan keadaan : pV =mRT atau, p=pRT iaitu, Pv=RT dengan, R =Pemalar gas, p=Tekanan Gas, T = Suhu Gas, V = Isipadu Gas, m=jisim gas, p - ketumpatan gas. | KEJURUTERAAN | Sumber/Bahan Alam |
GAMBAR RAJAH FASA | Lakaran rajah yang menunjukkan keadaan fizikal atau fasa sesuatu bahan. Sebagai contoh, bagi H2O, fasa cecairnya ialah air dan fasa pepejalnya ialah ais. Secara am, dalam industri petroleum, gambar rajah fasa diperoleh daripada kajian PVT (tekanan-isipadu-suhu)....Rujuk Ensiklopedia Sains dan Teknologi | KEJURUTERAAN | Konsep |