Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : agama yg disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW; masuk ~ menjadi orang yg beragama Islam; orang (umat) ~ orang (umat) yg beragama Islam; rukun ~ teras yg terdiri drpd lima perkara yg wajib diamalkan oleh setiap umat Islam; ~ baka a) Islam kerana keturunan; b) orang Islam yg tidak patuh kpd agama; mengislamkan 1. memasukkan seseorang ke dlm agama Islam, menjadikan beragama Islam: orang Perlak itu pun diislamkan oleh Fakir Muhammad; 2. mengkhatankan, menyunatkan: ia hendak ~ anak sulungnya; 3. menjadikan patuh kpd atau menyesuaikan dgn ajaran (ciri-ciri dsb) agama Islam; keislaman hal atau keadaan yg berkaitan dgn Islam: semangat kita haruslah semangat ~; pengislaman perbuatan mengislamkan seseorang: upacara ~ beramai-ramai. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : 1 tunduk dan patuh pd perintah Allah. 2 = agama ~ agama yg diredai Allah; agama yg mempunyai beberapa rukun dan ajaran-ajaran tertentu yg secara khusus diturunkan oleh Allah kpd Nabi Muhammad SAW utk disampaikan kpd seluruh manusia: masuk ~ menganut agama Islam; orang ~ orang yg menganut agama Islam. mengislamkan menjadikan sbg penganut agama Islam; menjadikan beragama Islam: Fakir Muhammad telah ~ orang-orang Perlak. pengislaman perbuatan atau hal mengislamkan seseorang, sekumpulan masyarakat dsb: Ahli-ahli sejarah masih menganggap ~ penduduk di pulau itu sbg kejayaan yg besar dlm penyebaran agama Islam di Asia Tenggara. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata islam

Puisi
 

Orang bersalam di dalam perahu,
     Makan ubi dengan kurma;
Orang Islam hendaklah tahu,
     Bilangan nabi dua puluh lima.


Lihat selanjutnya...(9)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MANUSKRIP ISLAM

Manuskrip Islam ialah warisan Islam yang dicatat

melalui tulisan tangan. Orang Islam sangat

mengambil berat terhadap manuskrip-manuskrip ini

memandangkan ia merupakan satu-satunya cara bagi

menjaga warisan yang dihasilkan melalui pemikiran

Arab dan Islam.

UMUM 
KOLEJ ISLAM MALAYA

Kolej Islam Malaya ialah pusat pengajian Islam

yang dikelolakan oleh Majlis Kolej Islam. Tujuan

kolej ini ditubuhkan adalah untuk melatih dan

menyediakan bakal guru agama dan guru bahasa

Arab untuk mengajar di sekolah menengah dan

rendah. Kolej Islam Malaya ditubuhkan pada 8

April 1955.

UMUM 
SENI BINA ISLAM

Seni bina Islam adalah salah satu bidang

penting yang dikuasai oleh umat Islam. Ini terbukti

dengan keupayaan para arkitek Islam membina

pelbagai jenis bangunan yang mempunyai ciri-ciri

keagamaan dan ilmiah seperti masjid, sekolah dan

pondok. Contoh seni bina bercorak moden

termasuk istana, rumah, hotel, pejabat kerajaan,

agensi, hospital, air pancut dan jambatan; serta

bangunan yang mempunyai ciri pertahanan seperti

kota, kubu, tembok, pintu gerbang dan kem

tentera. Setiap binaan mempunyai ciri dan

peranannya yang tersendiri. Reka bentuknya

berbeza berdasarkan masa dan keadaan setempat.

UMUM 
YAYASAN PEMBANGUNAN EKONOMI ISLAM MALAYSIA (YPEIM)

Yayasan Pembangunan Ekonomi Islam

Malaysia (YPEIM) ialah yayasan yang ditubuhkan

oleh kerajaan untuk pembangunan ekonomi umat

Islam Malaysia. Ia ditubuhkan pada 13 Oktober

1976 sebagai menyahut seruan yang terdapat

dalam rumusan Kongres Islam Ke-2 yang diadakan

di Kolej Islam Malaya pada tahun 1972 bagi

meningkatkan pembangunan ekonomi umat Islam

Malaysia.

UMUM 
ISLAM UMUM 
UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA

UNIVERSITI ISLAM ANTARABANGSA MALAYSIA, universiti antarabangsa yang pertama di Malaysia.  Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) ditubuhkan pada 10 Mei 1983, setelah kerajaan Malaysia mendapat persetujuan beberapa kerajaan negeri Islam serta Pertubuhan Persidangan Islam (OIC) untuk menjadi penaja bersama.  Negeri-negeri itu ialah Republik Maldives, Republik Rakyat Bangladesh, Republik Islam Pakistan, Republik Islam Turki, Jamahiriyah Sosialis Rakyat Libya, Kerajaan Arab Saudi dan Republik Arab Mesir.  Walau bagaimanapun, UIAM dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
MAJLIS AGAMA ISLAM DI MALAYSIA

MAJLIS AGAMA ISLAM DI MALAYSIA, badan yang bertanggungjawab menentukan dasar tentang hal ehwal agama Islam pada peringkat negeri. Sebelum Majlis Agama Islam ditubuhkan, di setiap negeri di Malaysia sudah ada Jabatan Hal Ehwal Islam, Lembaga Bantuan Orang-orang Islam dan Hindu (ditubuhkan pada tahun 1906) dan Lembaga Penasihat Islam (ditubuhkan pada tahun 1915). Jabatan Hal Ehwal Agama Islam yang pertama ditubuhkan di Johor pada tahun 1895. Lembaga Bantuan Orang-orang Islam dan Hindu dan Lembaga Penasihat Islam pula ditubuhkan hanya di Negeri-Negeri Selat iaitu Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-Negeri Selat, dua buah lembaga ini bertanggungjawab menasihati gabenor dalam menjalankan urusan hal ehwal agama Islam. Melalui ketiga-tiga buah organisasi pentadbiran tersebut, hal ehwal agama Islam diurustadbirkan di negeri-negeri Melayu di Semenanjung Malaysia sebelum tahun 1957.

BUDAYAInstitusi/Organisasi
SISTEM EKONOMI ISLAM

Sistem ekonomi Islam ialah suatu kaedah

yang beroperasi mengikut lunas-lunas Islam dalam

soal penggunaan dan pengurusan sumber yang

berbentuk material untuk memenuhi kehendak

semua pihak.

UMUM 
ISLAM DI JAWA

ISLAM DI JAWA, perkembangan agam Islam di Jawa yang mula bertapak di beberapa bandar pesisir utara sejak abad ke-11. Agama Islam dibawa oleh para pedagang Islam yang berdagang di pelabuhan seperti Gresik, Jepara, dan lainnya. Dari sana, agama Islam disebarkan kepada penduduk Jawa. Seterusnya, ‘pusat pendidikan agama’ dan pesantren didirikan oleh penduduk tempatan. Selanjutnya, agama Islam disebarkan melalui pusat pendidikan agama dan pesantren. Antara pemimpin di Jawa yang telah menerima dan mengembangkan agama Islam termasuklah Raden Patah (Raja Islam pertama di Jawa), Sunan Gunung Jati (Sultan Cirebon pertama) dan Maulana Hasanudin (Raja Banten pertama).

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA

ISLAM DI SEMENANJUNG MALAYSIA, perkembangan agam Islam di Semenanjung Malaysia yang bermula pada abad ke-12. Islam di Semenanjung Malaysia tidak terpisah daripada perkembangan Islam di Alam Melayu baik dari segi sejarah mahupun gerakannya. Bukti kedatangan Islam di Sumatera Utara sejak tahun 1113 melalui mubaligh Abdullah Arif seperti mana yang tercatat dalam Hikayat Aceh, merupakan rentetan kedatangan Islam ke Pasai pada tahun 1292. Sumber China pula mencatakan dua utusan Pasai bernama Hassan dan Sulaiman yang bertaraf menteri beragama Islam dihantar ke negeri China. Rentetan seterusnya membuktikan Islam di Semenanjung Malaysia berlaku sebelum tahun 1303 (702 H.) sebagaimana terbukti pada Batu Bersurat Terengganu dan beberapa tempat yang lain di Alam Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
12345678910...

Kembali ke atas