YAYASAN DAKWAH ISLAMIAH MALAYSIA (YADIM) | Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM) ialah sebuah badan amanah atau yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam di Malaysia. YADIM adalah singkatan bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Ia didaftarkan pada 25 Januari 1974 di bawah Trustee Incorporation Ordinance Act 1952. Pengisytiharan penubuhannya dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia yang kedua, Tun Abdul Razak Hussein dalam perjumpaan PERKIM Pahang dan memulakan operasi di Wisma Batik, Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur pada tahun 1975 | UMUM | |
INSTITUT DAKWAH ISLAMIAH PERKIM | Institut Dakwah Islamiah Perkim (IDIP), institusi pendidikan Islam yang memberikan pelajaran dan pengajaran Islam serta kursus intensif, latihan dakwah, dan kepimpinan kepada saudara baharu dan anak-anak mereka khususnya di Malaysia. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
JAMAAT TABLIGH | JAMAAT TABLIGH, gerakan dakwah Islamiah. Gerakan ini diasaskan oleh Maulana Muhammad Ilyas (1885-1944), yang berasal dari Kandhela, India. Dia mendapat pendidikan awal di Kuttub dan pernah berguru dengan Maulana Rashid Ahmad Gungohi di Gungoh (1908) dan belajar di Darul Ulum, Deoband (1908). Pada tahun 1910, dia mengajar di Madrasah Mazhar al-Ulum di Baharanpur. Dia adalah pengikut dan pengamal tasawuf melalui tarekat Cistiyah daripada cabang Sabiriyah dan terpengaruh oleh ajaran tarekat Naksyabandiyah, Qadiriyah dan Suhrawardiyah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
YADIM | YADIM, yayasan yang menjaga kebajikan masyarakat Islam. YADIM ialah singkatan bagi Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia. Perisytiharan penubuhannya telah dibuat oleh Perdana Menteri yang kedua, Tun Abdul Razak bin Hussein pada 25 Januari 1974. Ia ditubuhkan di bawah Trustee Incorporation Ordinance, dan dibiayai sepenuhnya oleh kerajaan Malaysia. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
BERJASA | BERJASA, parti politik. BERJASA ialah angkatan bagi Barisan Jamaah Islamiah Se-Malaysia. Parti ini didaftarkan pada 30 Januari 1978 dan Datuk Mohamed Nasir dilantik sebagai yang dipertuanya yang pertama. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT | KEHIDUPAN DUNIA AKHIRAT, majalah yang terbit di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. Majalah ini dicetak oleh Al-Islamiah Press di Singapura bagi keluaran pertamanya pada 17 September 1935, di bawah pimpinan Mohd. Ali Abduh. Majalah ini diterbitkan secara bulanan pada tiap-tiap pertengahan bulan setebal 28 halaman dan berukuran 26 cm x 38 cm. Majalah ini memuatkan penulisan rencana dan sastera yang bersifat keagamaan. Tulisan yang termuat dalam majalah ini berusaha memupuk dan membentuk minda masyarakat Melayu supaya lebih berorientasi keagamaan, di samping mempertingkatkan nilai moral dan takwa mereka. | SASTERA | Penerbitan |
TUN JANA KHATIB | TUN JANA KHATIB ( ? - ? ), tokoh dalam Sejarah Melayu. Peninggalan asalnya ialah Tun Jana Khatib. Dia adalah seorang ulama yang berasal dari tanah Arab dan telah datang ke Pasai bersama-sama tiga orang sahabatnya untuk berdagang dan menjalankan dakwah Islamiah. Dia kemudiannya pergi ke Singapura yang pada ketika itu diperintah oleh Raja Paduka Seri Maharaja. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD | SAYID ALWI TAHIR AL-HADDAD (1884-1962), ulama dan cendekiawan Islam. Dia lahir pada 7 Ogos 1884 di Hadramaut, Yaman, Arab Saudi. Dia berasal daripada keturunan Arab Sayid Alawiyah. Sayid Alwi terdidik dalam keluarga ulama yang disegani. Bapanya, Tahir al-Haddad, adalah seorang tokoh ulama di Hadramaut. Sebelum sampai di Tanah Melayu, Sayid Alwi pernah menjadi kadi di Hadramaut. Dari Hadramaut dia berhijrah ke Somalia dan Kenya. Seterusnya, dia ke Nusantara bagi tujuan menyebarkan dakwah Islamiah. Kedatangannya ke Nusantara adalah hasil dorongan rakan karib keturunan Sayid Alawiyah yang sudah berada di rantau Nusantara sejak beberapa abad sebelumnya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
SYED ALWI SYED SYEKH AL-HADI | SYED ALWI SYED SYEIKH AL-HADI (1892-1967), penulis dan tokoh kewartawanan. Beliau lahir pada 8 Ogos 1892 di Pulau Penyengat, Riau, Indonesia. Syed Alwi ialah anak kepada Syed Syeikh al-Hadi. Syed Alwi mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Kampung Gelam, Singapura. Kemudian, beliau melanjutkan pelajaran di Victoria Bridge School, Singapura, Raffles School dan Anglo Chinese School hingga lulus Darjah Tujuh (1914). Pada bulan Mei 1914, beliau melanjutkan pelajarannya di Othmaniah Islamiah College, Beirut dalam bidang pendidikan Arab selama setahun. Beliau turut melanjutkan pelajaran di Maktab Syrian Protestant, Syria (kini American University of Beirut) selama tiga tahun. Setelah tamat dari maktab ini, beliau memasuki Kolej Perubatan tetapi tidak sempat menamatkan pelajarannya kerana Perang Dunia Pertama. | SASTERA | Tokoh |