NAWAZ SHARIF | Nawaz Sharif (1949– ), perdana menteri Pakistan dari tahun 1990 hingga tahun 1993. Dia dilantik selepas partinya Islamic Democratic Alliance memperoleh kemenangan yang besar dalam pilihan raya kebangsaan. Dasar yang diisytiharkan olehnya adalah untuk menghapuskan perselisihan lama dan kesetiaan parokial. Dia juga mempunyai matlamat untuk mewujudkan integrasi nasional, menggalakkan perindustrian, dan mengurangkan pergantungan bantuan dari luar negara. | UMUM | |
JAMAAH ISLAH MALAYSIA | JAMAAH ISLAH MALAYSIA, pertubuhan yang diasaskan oleh bekas pelajar yang bergiat aktif dalam pergerakan dakwah pelajar di seberang laut. Pertubuhan ini ditubuhkan pada 27 Julai 1990. antara pertubuhan pelajar tersebut ialah Islamic Representative Council (IRC) atau Majlis Syura Muslimun di United Kingdom, Malaysian Islamic Study Group (MISG) atau Kumpulan Kajian Pelajar Islam Malaysia (KKPIM) di Amerika Syarikat dan Kanada, dan gerakan pelajar di Australia dan Timur Tengah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PESISIR | PESISIR, kawasan pantai yang digunakan untuk menghuraikan kebudayaan sekelompok masyarakat di perairan Kepulauan Melayu. Konsep ini diperkenalkan oleh Pigeaud, sarjana Belanda, dalam bukunya Islamic States in Java (1938). Tamadun pesisir ini muncul pada zaman kegemilangan perdagangan rempah dari abad ke-14 hingga abad ke-18, apabila masyarakat di persisiran pantai berhubung dengan dunia luar melalui perdagangan antarabangsa. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH | PERTUBUHAN ISLAM SELURUH SABAH, institusi yang bertanggungjawab sepenuhnya terhadap hal ehwal Islam dan penganutnya di Sabah. Pertubuhan ini lebih dikenal sebagai United Sabah Islamic Association (USIA). USIA ditubuhkan pada 16 Ogos 1969 bersempena tarikh persidangan Kongres Masyarakat Islam Sabah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Persatuan |
INSTITUT ANTARABANGSA PEMIKIRAN DAN KETAMADUNAN ISLAM | Institut Antarabangsa Pemikiran dan Ketamadunan Islam atau International Institute Of Islamic Thought and Civilization (ISTAC) ialah institusi pengajian tinggi yang menawarkan program ijazah dalam kursus pemikiran Islam, tamadun Islam dan sains Islam pada peringkat sarjana dan kedoktoran. | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Institusi/Organisasi |
ZUBER USMAN | ZUBER USMAN (1916-1976), penulis Indonesia. Dia lahir pada 15 Disember 1916 di Padang. Dia mendapat pendidikan di Thawalib School di Padang (1933), Islamic College di Padang Panjang (1937), Taman Dewasa Raya Taman Siswa Jakarta, Fakultas Sastera, Universitas Nasional (1961) dan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan, Universitas Indonesia (1962). Zuber pernah menjadi guru Sekolah Ibtidaiyah Muhammadiyah Alai Padang (1934-1937); Sekolah Tsanawiyah (1937-1938); HIS Muhammadiyah, Jakarta (1938-1939); Sekolah Tsanawiyah Muhammadiyah, Sengkong (1939-1941); Taman Siswa, Jakarta (1941-1948); SMA I Budi Utomo Jakarta (1956-1960); pensyarah IKIP Jakarta dan IKIP Muhammadiyah (1962-1976). Dia turut menjadi pemimpin umum majalah Raya (1935-1937) dan redaktur Balai Pustaka (1946-1949). | SASTERA | Tokoh |
RASUNA SAID | RASUNA SAID (1910-1965), nasionalis Indonesia. Dia lahir pada 14 September 1910 di daerah Maninjau, Sumatera Barat, Indonesia. Ayahnya, Haji Muhamad Said, adalah pedagang yang menubuhkan Syarikat Tunaro Yunus, sehingga mereka dikenal sebagai keluarga yang kaya dan dihormati. Rasuna menerima pendidikan awal di sekolah desa dan di Sekolah Diniyah Padang Panjang. Dia juga mempelajari ilmu agama dengan Haji Abdul Karim Amrullah dan belajar di Sekolah Rumah Tangga, Padang Panjang. Pada tahun 1926, dia belajar di Sekolah Thawalib, Panyinggahan Maninjau dan tamat pada tahun 1928. Setelah bebas daripada pembuangan di Semarang, Jawa Tengah, dia belajar di Islamic College, pimpinan Muchtar Yahya. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
MOHAMAD FUDOLI | MOHAMAD FUDOLI (1942- ), penulis Indonesia. Dia lahir pada 8 Julai 1942 di Sumenep, Madura, Indonesia. Mohamad Fudoli mendapat pendidikan di Sekolah Menegnah Atas (SMA) di Madura dan kemudian melanjutkan pelajarannya di Institut Agama Islam Negeri (IAIN) Sunan Ampel di Surabaya. Sewaktu menuntut di IAIN Surabaya, Mohamad Fudoli aktif sebagai anggota organisasi Lembaga Seni Budaya Islam (Lesbumi) di Surabaya (1965). Pada tahun 1966, dengan biasiswa daripada Emiriah Arab Bersatu, dia menyambung pelajaran di Univeristi al-Azhar, Mesir dalam bidang falsafah. Kemudian dia melanjutkan pengajian sejarah di Institute of Islamic Studies dan Institute of Arabic Studies. Semasa belajar dia bekerja secara sambilan dengan kedutaan besar Republik Indonesia di Kaherah, Mesir. | SASTERA | Tokoh |