Maklumat Kata

Kamus Bahasa Inggeris



Definisi : n pulau; (pl) kepulauan: the British I~s, Kepulauan Inggeris. (Kamus Inggeris-Melayu Dewan)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata isle


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISLE OF WIGHT UMUM 
ISLE OF SCILLY UMUM 
ISLE OF MAN UMUM 
ISLE OF DOGS UMUM 
PULAU WIGHT

Pulau Wight (Isle of Wight) ialah pulau yang

terbesar di luar pantai England. Ia terletak di Selat

Inggeris, lebih kurang separuh jalan di sepanjang

pinggir laut selatan bertentangan dengan

Hampshire. Untuk lokasinya, lihat Englan d (peta

politik). Semenjak tahun 1800-an, Pulau Wight

terkenal khususnya sebagai tempat peranginan

percutian.

UMUM 
DOUGLAS

Douglas (pend. 20 368) ialah ibu negeri Isle of

Man di Britain. Bandar yang menghadap Teluk

Douglas di sebelah timur pulau ini, merupakan

sebuah pusat percutian yang terkenal.

UMUM 
SLIEVE DONARD

Slieve Donard ialah puncak tertinggi di

Pergunungan Mourne di Down, Ireland Utara.

Tingginya ialah 852 meter di atas aras laut. Pada

hari yang cerah, Pergunungan Donegal di barat,

Pergunungan Wicklow di selatan, dan Isle of Man

di Laut Irish dapat dilihat dari puncak Slieve

Donard. Nama puncak ini diambil sempena nama

seorang santo pada tahun 400 M.

UMUM 
PORTSMOUTH

Portsmouth (pend. 174 700) ialah bandar dan

daerah kerajaan tempatan di selatan, England.

Untuk lokasinya lihat England (peta politik). Ia

adalah pelabuhan Selat Inggeris dan pusat tentera

laut yang menyediakan pelbagai kemudahan

pelabuhan. Kereta dan feri penumpang bergerak

dari Portsmouth ke pelabuhan Perancis, iaitu

Kepulauan Channel dan Isle of Wight.

Perkhidmatan hoverkraf turut disediakan untuk ke

Isle of Wight.

UMUM 
PIALA AMERIKA

Piala Amerika ialah pertandingan perahu layar

yang paling terkenal di dunia dan merupakan trofi

tertua dalam sukan antarabangsa. Pada tahun 1851,

skuner Amerika telah memenangi trofi perak yang

cantik dengan mengalahkan 14 perahu layar lain

dalam satu perlumbaan mengelilingi Isle of Wight

di luar pantai selatan England. Piala itu dikenali

sebagai Piala Amerika.

UMUM 
CRAWFURD, JOHN

CRAWFURD, JOHN (1783-1868), pengkaji bahasa Melayu berbangsa Scotland. Dia lahir pada 13 Ogos 1783 di Bowmore, Isle of Islay, Scotland. Dia menerima pendidikan awal di Bowmore dan  seterusnya melanjutkan pelajarannya ke peringkat yang lebih tinggi dalam bidang perubatan di Edinburgh pada tahun 1799. Pada tahun 1803, Crawfurd telah menamatkan pengajiannya dan memegang jawatan doktor perubatan.

 

BAHASATokoh

Kembali ke atas