Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ismail

Puisi
 

Tuan berjalan ke darat-darat,
     Mari berjumpa Abang Ismail;
Bukan burung dapat dijerat,
     Bukan ikan mati di kail.


Lihat selanjutnya...(2)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
ISMAIL MOHAMED ALI, TUN UMUM 
ISMAIL HUSSEIN, TAN SRI DATO’ UMUM 
ISMAIL ABDUL RAHMAN, TUN DR. UMUM 
NABI ISMAIL A.S.

Nabi Ismail a.s. ialah seorang nabi dan rasul,

anak kepada Nabi Ibrahim a.s. dan ibu baginda Hajar

berasal dari Mesir. Sarah, isteri pertama Nabi

Ibrahim a.s. tidak dapat melahirkan zuriat pada

waktu itu dan telah dihadiahkan seorang hamba

perempuan oleh Raja Mesir untuk berkhidmat

kepadanya. Dengan alasan tidak dapat melahirkan

anak, Sarah telah memberikan hamba tersebut iaitu

Hajar, kepada suaminya Nabi Ibrahim a.s. dengan

harapan dapat melahirkan seorang anak yang dapat

menggembirakan mereka. Akhirnya mereka

dikurniakan seorang anak dengan kelahiran Nabi

Ismail a.s. Setelah itu, perasaan cemburu mula

timbul di hati Sarah lalu dia merayu suaminya

membawa anak tersebut bersama-sama ibunya ke

suatu tempat yang jauh daripada pandangan

matanya. Hikmah Allah SWT sememangnya

menghendaki perkara tersebut berlaku, lalu Nabi

Ibrahim a.s. memperkenankan permintaan isterinya.

Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Ibrahim a.s.

untuk membawa Nabi Ismail a.s. bersama-sama

ibunya dan menempatkan kedua-duanya di suatu

wadi yang tidak ditumbuhi sebarang tumbuhan. Ini

merupakan satu ujian kepada Nabi Ibrahim a.s., iaitu

perpisahan dengan anaknya yang sangat dicintai.

UMUM 
USMAR ISMAIL

USMAR ISMAIL (1921-1971), wartawan, penulis dan pengarah filem Indonesia.  Nama sebenarnya ialah Haji Usmar Ismail Sutan Mangkuto Ameh.  Dia lahir pada 20 Mac 1921 di Bukittinggi, Sumatera Barat.  Usmar Ismail berpendidikkan sekolah rendah Hollandsch-Inlandsche School (HIS), sekolah menengah Meer Uitgebreid Lager Onderwijs (MULO), sekolah AMS-All Barat Klasik di Yogyakarta (1941), dan Sekolah Menengah Tinggi di Jakarta (1943).  Dia pernah mendalami pengetahuan tentang sinematografi di University of California, Los Angeles, Amerika Syarikat (1951-1952).

BUDAYATokoh
A. SAMAD ISMAIL, TAN SRI UMUM 
SULTAN ISMAIL PETRA

Sultan Ismail Petra (1949– ) ialah Sultan

Kelantan yang ke-28. Baginda merupakan putera

tunggal Sultan Yahya Petra ibni Almarhum Sultan

Ibrahim. Berikutan kemangkatan ayahandanya pada

29 Mac, 1979, di Istana Negara, Kuala Lumpur,

baginda telah ditabalkan sebagai Sultan Kelantan

yang ke-12 pada 30 Mac 1980 di Istana Bali, Kota

Bharu.

UMUM 
RAZALI ISMAIL, TAN SRI

Razali Ismail, Tan Sri (1939– ) ialah Presiden

Sesi ke-51, Perhimpunan Agung Pertubuhan

Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dari September 1996

hingga September 1998. Dia ialah orang keempat

dari rantau Asia Tenggara yang dilantik ke jawatan

tersebut dalam masa 52 tahun semenjak

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu ditubuhkan

pada tahun 1945.

UMUM 
SULTAN ISMAIL NASIRUDDIN SHAH

Sultan Ismail Nasiruddin Shah (1907–1979)

ialah sultan negeri Terengganu yang kelima belas.

Baginda ditabalkan menjadi Sultan Terengganu yang

ke-15 pada 6 Jun 1949 di Istana Maziah, Kuala

Terengganu. Baginda dilantik menjadi Timbalan

Yang di-Pertuan Agong Tanah Melayu pada 21

September 1960 dan kemudiannya menjadi Yang

di-Pertuan Agong yang keempat pada 21

September 1965 hingga 21 September 1970.

UMUM 
SYED NASIR ISMAIL, TUN

Syed Nasir Ismail, Tun (1921–1982) ialah tokoh

bahasa dan ahli politik. Dia mendapat pendidikan

awal di Sekolah Melayu Bandar Tinggi, Batu Pahat,

Johor. Kemudian, dia melanjutkan pelajaran di

Government English School, Batu Pahat dan lulus

Senior Cambridge pada tahun 1938. Setelah

menamatkan pelajaran pada peringkat menengah,

dia memasuki Maktab Perguruan Sultan Idris

(MPSI), Tanjung Malim dan mengambil kursus

Penolong Nazir sekolah-sekolah.

UMUM 
12345678910

Kembali ke atas