ISTANA KOTA WINDSOR | | UMUM | |
KASTIL WINDSOR | Kastil Windsor lihat Istana Kota Windsor | UMUM | |
KAYU PELANTAK | Kayu pelantak ialah jentera peperangan yang digunakan di Zaman Purba dan Zaman Pertengahan untuk membuka sela di dinding atau pintu pagar istana kota dan bandar-bandar berkubu. Orang Assyria mahir menggunakannya | UMUM | |
ISTANA-ISTANA DI MALAYSIA | Istana-istana di Malaysia, kompleks kediaman sultan atau raja di Malaysia. Istana juga menjadi pusat pentadbiran, perkembangan ilmu, kegiatan kebudayaan dan kesenian serta pertahanan. | KEJURUTERAAN | Bangunan/Kota |
PERANG PETANI | Perang Petani merujuk kepada pemberontakan petani Jerman terhadap golongan bangsawan pada tahun 1524 dan tahun 1525. Ia merupakan pemberontakan terbesar oleh petani dalam sejarah negeri Jerman. Pemberontakan meletus pada akhir tahun 1524 di Stuhlingen di kawasan Black Forest dan pantas merebak ke utara. Kemudian seluruh rakyat Jerman, kecuali di Bavaria menerima kesannya. Para petani menyerbu istana kota dan memaksa bangsawan untuk memenuhi tuntutan mereka. Bendera mereka, yang dikenali sebagai Bundschuh , diperbuat daripada kain berwarna hitam, putih, dan merah dengan gambar kasut petani. | UMUM | |
MEGAT SERI RAMA | MEGAT SERI RAMA ( ? - ? ), pembesar kerajaan Johor Lama. Ada sumber yang mengatakan Megat Seri Rama bukan orang tempatan. Dia berasal dari Terengganu dan nama sebenarnya Wan Abdul Rahman. Dia berkhidmat di Istana Kota Tinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Kesultanan/Kerajaan/Pemerintahan |
SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III | Kapsyen : Sultan Haji Omar ‘Ali Saifuddien III SULTAN HAJI OMAR ‘ALI SAIFUDDIEN III (1914-1986), Sultan Negara Brunei Darusslam yang ke-28 (1950-1967). Baginda diputerakan pada 23 September 1914 di Istana Kota, Kampung Sultan Lama, Bandar Brunei (kini Bandar Seri Begawan). Baginda adalah putera ketujuh Sultan Muhammad Jamalul Alam II. Baginda mendapat pendidikan awal di Sekolah Khas, Istana. Selepas itu, baginda menuntut di Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak selama empat tahun (1932-1936). Di samping itu, baginda belajar empat bahasa Inggeris secara persendirian di Brunei. Baginda juga mendapat didikan agama dan semasa kecil, baginda belajar mengaji al-Qur’an selama 10 tahun dan khatam 40 kali. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Tokoh |
ISTANA AMPANG TINGGI | ISTANA AMPANG TINGGI, istana Yamtuan Ulin, Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Kelima (m.m. 1861-1869), yang dikenal juga dengan gelaran Yamtuan Imam. Istana ini siap dibina pada tahun 1865. Tapak asal istana ini terletak di kawasan sawah padi di Kampung Ampang Tinggi, Kuala Pilah, Negeri Sembilan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
ISTANA LIMA LARAS, | ISTANA LIMA LARAS, istana milik Datuk Muhammad Yuda yang berkuasa di Lima Laras (1883-1919) di Sumatera Utara, Indonesia. Istana ini terletak di Tanjung Tiram, Asahan, lebih kurang 152 km dari Medan. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |
ISTANA MAIMOON | ISTANA MAIMOON, istana milik Sultan Mahmud al-Rashid Perkasa Alam Syah (Sultan Deli), terletak di jalan Brigadir Jeneral Katamso, Medan, Sumatera Utara. Istana yang didirikan pada tahun 1869 diberi nama Maimoon sempena nama almarhum isterinya, Maimunah. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Bangunan/Kota |