SURAH AL-TALAQ | Surah al-Talaq ialah salah satu daripada surah Madaniyyah, surah yang ke-65 mengikut susunan surah-surah al-Qur’an dan mengandungi 12 ayat. Surah ini dinamakan al-Talaq (talak) kerana perbicaraannya menumpukan kepada bab talak. Diriwayatkan bahawa Ibn Umar r.a. menceraikan isterinya dalam keadaan haid, berita itu kemudiannya sampai ke pengetahuan Rasulullah s.a.w. yang menyebabkan kemarahan Baginda. Rasulullah s.a.w. mengarahkan Ibn Umar r.a. supaya merujuk semula kepada isterinya dan menunggu sehingga isterinya tamat tempoh haid. Apabila Ibn Umar r.a. hendak menceraikan isterinya setelah suci dari haid, maka turunlah ayat mengenainya di dalam surah ini. | UMUM | |
PHILEMON DAN BAUCIS | Philemon dan Baucis ialah watak-watak utama dalam satu legenda kecil Yunani purba. Philemon, petani yang warak, hidup dengan isterinya yang setia, Baucis di negeri Phrygia. Pada suatu hari, dua orang pengembara datang ke rumah mereka meminta untuk bermalam. | UMUM | |
SISULU | Sisulu ialah nama keluarga dua pemimpin politik kulit hitam yang terkenal dari Afrika Selatan. Mereka ialah Walter Sisulu (1912– 2003) dan isterinya, Albertina Sisulu (1919– ). Walter Max Ulyate Sisulu dan Nontsikelelo Albertina Sisulu dilahirkan di Transkei. | UMUM | |
PUNCH DAN JUDY | Punch dan Judy ialah watak utama dalam sejenis pertunjukan boneka komik yang popular di England . Punch ialah si bongkok yang berhidung bengkok yang memakai pakaian tradisional Itali . Manakala Judy pula ialah isterinya. Pertunjukan Punch dan Judy biasanya mempunyai banyak cerita jenaka yang kasar dan ganas. Dalam pertunjukan itu, Punch selalunya memukul anaknya, bertengkar dengan isterinya, dan membunuhnya dan ada kalanya watak lain. Punch dibawa ke muka pengadilan dan dihukum mati, tetapi berjaya mengelakkan hukuman itu melalui tipu muslihat. | UMUM | |
SCHLIEMANN, HEINRICH | Schliemann, Heinrich (1822–1890) ialah ahli arkeologi Jerman yang mengasaskan kajian tentang Yunani purba dan budaya Laut Aegean yang berjiran dengannya. Dia dan isterinya Sophia Engastromenos Schliemann menemui Troy, kota yang tenggelam di tempat yang kini Turki. Kota ini masyhur dalam epik Yunani, Iliad . | UMUM | |
D’AULAIRE | D’Aulaire ialah nama keluarga bagi suami isteri yang menulis dan membuat ilustrasi buku kanak-kanak. Edgar Parin d’Aulaire (1898–1986) dan isterinya, Ingri Mortenson d’Aulaire (1904– 1986), memenangi Caldecot Medal Amerika Syarikat pada tahun 1940 untuk biografi buku bergambar mereka, Abraham Lincoln. | UMUM | |
KELUARGA LEAKEY | Keluarga Leakey terdiri daripada tiga orang ahli antropologi terkenal yang membuat penemuan penting di bahagian timur Afrika, berkenaan asal usul manusia. Mereka ialah Louis Leakey, isterinya Mary Leakey, dan anak mereka Richard Leakey. | UMUM | |
MACBETH | Macbeth ( ? –1057), menggulingkan raja Scotland pada tahun 1040, setelah menewaskan dan membunuh Raja Duncan I. Dia mendakwa bahawa dia berhak menaiki takhta kerajaan Scotland kerana isterinya keturunan diraja. Malcolm III, anak Duncan I, dan Earl Siward dari Northhumberland telah mengalahkan Macbeth di Dunsinane pada tahun 1054 tetapi tidak menggulingkannya. Tiga tahun kemudian, Malcolm III telah membunuh Macbeth di Lumphanan. Anak tiri Macbeth, Lulach, berjaya memerintah semula selama beberapa bulan, kemudian Malcolm III menggantikan Lulach sebagai raja. | UMUM | |
SANG NILA UTAMA | Sang Nila Utama ( ? –1348), raja Melayu yang mula-mula membuka Singapura. Baginda memerintah dari tahun 1300 hingga tahun 1348. Baginda ialah putera kepada Sang Sapurba dengan isterinya, puteri Palembang. Baginda dikahwinkan dengan puteri Raja Bentan, Wan Seri Beni dan kemudiannya dilantik oleh Raja Bentan menjadi raja di Pulau Bentan. | UMUM | |
SERIBU SATU MALAM | Seribu Satu Malam ialah sebuah koleksi hikayat yang diceritakan oleh seorang perempuan yang bernama Shahrazad kepada Sultan Shahriyar. Sultan Shahriyar ialah seorang raja yang telah bertukar menjadi kejam sejak dikhianati oleh isterinya. Pada setiap malam, baginda mengambil seorang anak dara lalu dinodainya, dan dibunuhnya pada malam itu juga. Rakyat menjadi takut dan melarikan anak-anak perempuan mereka sehinggakan tidak terdapat lagi anak gadis di bandar itu kecuali Shahrazad, iaitu anak kepada seorang menteri. | UMUM | |