PENGASUH | 1.25pt 0pt 0in; LINE-HEIGHT: 200%; TEXT-ALIGN: justify">PENGASUH, akhbar bertulisan Jawi. Ia diterbitkan oleh Majlis Agama Islam dan Istiadat Melayu Kelantan di Kota Baharu pada 11 Julai 1918. Akhbar ini pada mulanya diterbitkan dua minggu sekali dan kemudiannya diterbitkan pada setiap hari Khamis dengan mempunyai lapan halaman. Pengarangnya ialah Dato’ Haji Muhammad bin Haji Mohd. Said. | SASTERA | Penerbitan |
ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK | ADAT PERTABALAN SULTAN PERAK, upacara menabalkan Sultan Perak yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Upacara dimulai dengan istiadat mengangkat sumpah di hadapan jenazah almarhum sultan sebelum jenazah dimakamkan. Walau bagaimanapun, istiadat pertabalan yang lain boleh dan biasanya diadakan beberapa bulan atau setahun kemudiannya. 1"> | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH | ADAT PERTABALAN SULTAN KEDAH, upacara menabalkan Sultan Kedah yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Bagi Negeri Kedah Darul Aman, peraturan istiadat pertabalan dibuat pada zaman pemerintahan Sultan Rijaluddin ibni Sultan Sulaiman (1625-1653) iaitu Sultan Kedah yang ke-13, yang bersemayam di Kota Naga. 1"> | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG | ADAT PERTABALAN YANG DI-PERTUAN AGONG, upacara menabalkan sultan yang dilantik oleh Majlis Raja-raja Melayu sebagai Yang di-Pertuan Agong. Upacara ini diadakan lima tahun sekali dan penuh dengan adat istiadat diraja. 1"> | BUDAYA | Konsep |
ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN | ADAT PERTABALAN SULTAN KELANTAN, upacara menabalkan Sultan Kelantan yang baharu untuk menggantikan sultan yang mangkat. Adat pertabalan Sultan Kelantan yang diamal hingga sekarang bermula semenjak zaman pemerintahan Sultan Long Yunus (m.m. 1763-1798). Walau bagaimanapun, adat istiadat pertabalan ini berubah dari semasa ke semasa, terpulang kepada pihak istana. 1"> | BUDAYA | Konsep |