Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : 1. hitam; 2. Pr nama timang-timangan utk anak yg ketujuh (NS yg kelapan). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata itam


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BANGKAHULU

BANGKAHULU, sebuah petempatan di Sungai Itam di sebelah barat Pulau Sumatera. Wilayah Bangkahulu meliputi daerah-daerah yang awal diduduki British iaitu menganjur dari Mukomuko di utara hingga Krui di selatan. Pantai sempit yang menganjur dengan Banjaran Bukit Barisan di pedalaman didiami oleh suku terbesar seperti Lebong, Rejang, Lemba dan Pasemah serta pendatang Minangkabau dan orang Melayu Pesisir.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
SYED MURTADHA AIDID

SYED MURTADHA AIDID, (1904- ? ), ahli politik dan perniagaan. Beliau lahir di Air Itam, Pulau Pinang. Beliau mendapat pendidikan Arab di Madrasah al-Mashor hingga Darjah Enam. Pelajaran Inggeris dipelajarinya secara sendiri.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
PERIKATAN PEMUDA MELAYU DI LUAR TANAH AIR

PERIKATAN PEMUDA MELAYU DI LUAR TANAH AIR, pertubuhan pemuda Tanah Melayu di Indonesia.  Pertubuhan ini lebih dikenal sebagai Perikatan.  Perikatan ditubuhkan di Jakarta, Indonesia pada 22 Disember 1952.  Perikatan dipimpin oleh Syekh Gharieb bin Syekh Raouf (ketua umum), Ahmad bin Haji Salam (wakil ketua umum), Rukiah Itam (setiausaha jeneral) dan Yaacub Alias (setiausaha I merangkap ketua penerangan).  Tujuan penubuhan  Perikatan adalah untuk memperjuangkan kemerdekaan dan kedaulatan Tanah Melayu.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIInstitusi/Organisasi
PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA

PERSATUAN SENI SILAT CEKAK MALAYSIA, persatuan seni mempertahankan diri.  Silat cekak juga dikenal dengan nama Silat Papan Sekeping.  Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia (PSSCM) ditubuhkan pada 19 Ogos 1971.  pemimpin pertama persatuan ini ialah Ustaz Hanafi Ahmad.  Setelah kematiannya pada 13 Ogos 1986, persatuan ini dipimpin oleh Tuan Haji Ishak Itam.

BUDAYAPersatuan

Kembali ke atas