Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.bar] | جابر

Definisi : Ar nama yg digunakan utk gugusan bintang belantik, bintang tiga beradik (Orion). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.bar] | جابر

Definisi : ; menjabarkan Id mengubah sesuatu bentuk menjadi bentuk yg lebih mudah difahami: ~ pecahan; penjabaran perihal (perbuatan) men­jabar­kan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.bar] | جابر

Definisi : ; menjabarkan 1 membuat pecahan (ukuran dsb) menjadi bentuk yg lebih mudah; membuat supaya mudah difahami; memudahkan: ~ pecahan. 2 menerangkan secara terperinci: Dapatkah kamu ~ gagasanmu ttg projek ini? jabaran keterangan secara terperinci; huraian. penjabaran hal atau perbuatan menjabarkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jabar


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
LANGKAT

LANGKAT,  bekas sebuah kerajaan Melayu di pesisir pantai timur Sumatera Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera  Utara. Kini kabupaten Langkat terletak di Propinsi Sumatera Utara. Berdasarkan teromba Kesultanan Langkat, kerajaan Langkat didirikan oleh keturunan Dewa Syahdan, sekitar tahun 1500. Dewa Syahdan dikatakan berasal dari kerajaan Haru (Deli Tua) yang telah diserang Aceh pada tahun 1539. Kerajaan Haru tewas. Putera Dewa Syahdan, Dewa Sakti, dikatakan ghaib dan puterinya, Puteri Hijau,  ditawan oleh Aceh. Putera Dewa Sakti, raja Kahar, mendirikan kerajaan Langkat dan bersemayam di Kota Dalam. Raja Kahar berputerakan Raja Badiuzzaman, yang berusaha memperluas wilayah kerajaan tersebut. Raja Badiuzzaman mempunyai empat orang putera, iaitu Kejuruan Tuah Hitam dan Indera Bongsu (Kota Dalam) Raja Wan Jabar (Selesai) dan Raja Syahban (Punggai). Mereka memerintah secara autonomi daerah masing-.masing.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat

Kembali ke atas