Display virtual keyboard interface
 

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
SAINS SOSIAL

Sains sosial. Umumnya para sarjana mengenal

pasti tiga kategori ilmu: (1) sains semula jadi dan

matematik, (2) ilmu kemanusiaan, dan (3) sains

sosial. Sains semula jadi berhubung dengan alam

dan dunia fizikal. Ilmu kemanusiaan cuba mentafsir

erti kehidupan di dunia bukannya cuba

menjelaskan dunia fizikal atau masyarakat. Sains

sosial memberi tumpuan kepada kehidupan

manusia dengan orang lain dalam sesuatu

kumpulan. Sains sosial termasuklah antropologi,

ekonomi, sejarah, sains politik, sosiologi, psikologi

sosial, kriminologi, dan sains undang-undang.

Sesetengah sarjana menganggap pendidikan, etika

dan falsafah sebagai sebahagian daripada sains

sosial. Kajian dalam lapangan lain, seperti biologi,

geografi, perubatan, kesenian, dan linguistik, juga

dikatakan sebagai sebahagian daripada kategori

sains sosial yang luas.

UMUM 
SAAT

Saat, unit dalam sistem metrik, digunakan untuk

mengukur masa dan sudut. Simbolnya ialah s.

Dalam pengukuran masa, 60 saat menjadikan

satu minit. Terdapat 60 minit dalam satu jam, dan

24 jam dalam satu hari. Jadi, satu saat ialah 1 / 86 400

daripada satu hari. Dalam pengukuran sudut,

60 saat menjadikan satu minit, dan terdapat 60

minit dalam satu darjah. Sebuah bulatan terbahagi

kepada 360 darjah. Jadi, satu saat ialah 1 / 1 296 000

daripada satu bulatan.

UMUM 
RESIN

Resin ialah salah satu kelas bahan semula jadi

yang digunakan untuk membuat varnis, ubat-ubatan,

sabun, cat dan kegunaan lain. Penggunaan

resin semula jadi sebahagian besarnya telah

digantikan dengan resin sintetik (lihat Resin,

Sintetik ). Resin semula jadi boleh dibahagikan

kepada tiga kumpulan utama: (1) resin yang

mengalir dari pokok apabila pokok itu dilukakan

atau dipotong; (2) resin yang diekstrak dari kayu

dengan menggunakan pelarut; dan (3) resin fosil

yang dijumpai terpelihara bersama dengan

tinggalan haiwan dan tumbuh-tumbuhan. Sejenis

serangga skel yang dijumpai pada pokok acacia

juga mengeluarkan resin, dikenali sebagai <i> lak i> .

UMUM 
KYOTO

Kyoto (pend. 1 461 103) ialah salah sebuah bandar

terbesar di Jepun. Bandar ini terletak di Pulau

Honshu, kira-kira 45 kilometer ke pedalaman

dari pusat perindustrian Osaka (lihat Jepun [peta

politik]). Kyoto ialah ibu kota negara Jepun, dari

tahun 794 M hingga tahun 1868, dan bandar ini

banyak menyimpan khazanah kebudayaan

semula jadi negara itu.

UMUM 

Kembali ke atas