Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ja.hi.liah] | جاهيلية

Definisi : Ar gelaran kpd umat Arab (sebelum lahirnya Nabi Muhammad) yg tidak me­nerima kebenaran (ajaran para nabi dan rasul sebelum kedatangan Islam); zaman ~ zaman sebelum kedatangan Islam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ja.hi.liah] | جاهيلية

Definisi : kebodohan: zaman ~ zaman kebodohan (zaman sebelum kedatangan Islam). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jahiliah


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
AWS IBN HAJAR

Aws ibn Hajar ( ? –2 S.H. / ? –620 M.), salah

seorang tokoh penyair zaman Jahiliah. Nama

penuhnya ialah Aws ibn Hajar ibn ‘Itab al-Tamimi.

Umurnya sangat panjang namun sesetengah

pengkritik sastera mengatakan dia tidak sempat

hidup hingga ke zaman Islam. Walau bagaimanapun

terdapat pendapat yang mengatakan tarikh

kematiannya ialah pada awal kelahiran Islam.

Walaupun Ibn Sallam menganggapnya daripada

kalangan para penyair Jahiliah kelas dua, tetapi

akhirnya dia mengatakan, “Aws adalah setaraf

dengan empat orang penyair sebelumnya – iaitu

pada tahap pertama – tetapi kami telah mengehadkan

tahap pertama tersebut untuk empat orang sahaja”.

UMUM 
AYYAM AL-‘ARAB

Ayyam al-‘Arab ialah peristiwa, serangan dan

pertempuran yang berlaku di kalangan orang Arab

pada zaman Jahiliah. Peristiwa-peristiwa ini

disampaikan oleh para pencerita Arab dan

diselangi pula dengan syair-syair. Pertempuran

pada hari-hari ini berlaku di antara sesama kabilah

Arab dan sedikit sahaja berlaku antara orang Arab

dengan Parsi. Kebanyakan pertempuran berlaku

antara orang Arab ‘Adnan (Arab utara) disebabkan

kekurangan sumber kekayaan di padang pasir.

Kadang-kadang mereka berasa ditekan oleh orang

Arab Qahtan (Arab selatan), lalu mereka

menentang Arab Qahtan dalam beberapa siri

peperangan yang direkodkan dalam Ayyam al-

‘Arab .

UMUM 
ASH'ATH IBN QAYS, AL-

Ash‘ath ibn Qays, al- ( ?–40 H./ ?–661 M.) ialah

pemerintah di daerah Kindah pada zaman jahiliah

dan awal Islam. Dia digelar al-Ash‘ath kerana

rambutnya yang tidak terurus. Dia menemui Nabi

Muhammad s.a.w. pada tahun ke-10 Hijrah

bersama rombongan penunggang kuda yang

terdiri daripada 70 orang penduduk Kindah.

UMUM 
PASAR-PASAR ARAB

Pasar-pasar Arab ialah kelab-kelab sastera

yang didirikan pada zaman Jahiliah dan Islam. Ia

memainkan peranan penting kepada kehidupan

orang Arab dari sudut keagamaan, kebudayaan,

ekonomi, dan sosial. Di sini akan diketengahkan

pengenalan mengenai pasar-pasar yang terkenal,

tempat, tarikh, matlamat, dan pengaruh pasar-

pasar tersebut.

UMUM 
KHALID IBN AL-WALID

Khalid ibn al-Walid (?–21 H/ ?–642 M) ialah

sahabat besar Rasulullah SAW. Pada zaman jahiliah,

dia merupakan salah seorang pembesar Quraisy

dan panglima tentera berkuda.

UMUM 
ABU MIHJAN AL-THAQAFIY

Abu Mihjan al-Thaqafiy (? –30 H./ ? –650 M.) ialah

penyair Parsi daripada golongan Mukhdaram yang

hidup pada zaman Jahiliah dan kemudiannya

memeluk Islam. Terdapat banyak perbezaan

pendapat tentang namanya. Abu Mihjan al-Thaqafiy

dikatakan bernama ‘Amru ibn Habib, pendapat lain

pula mengatakan dia juga dikenali sebagai Abu ‘Abid

dan manakala nama-namanya yang lain ialah Malik

dan ‘Abdullah. Ibunya bernama Kunud bint ‘Abdullah

ibn ‘Abd Shams. Abu Mihjan salah seorang daripada

sahabat Nabi SAW. Dia mendengar dan meriwayatkan

hadith daripada Rasulullah SAW dan dia tergolong

dalam kalangan sahabat yang banyak mengalami

penderitaan dan berani.

UMUM 
ABU SUFYAN IBN HARB

Abu Sufyan ibn Harb (57 S.M.–32 H./567 M.–

653 M.), salah seorang pemimpin Quraisy dan

pembesar mereka pada zaman Jahiliah. Nama yang

sebenar ialah Sakhr ibn Harb al-Umawiy, seorang

sahabat Rasulullah SAW. Dia bapa kepada

Mu’awiyah, Khalifah Umawiy yang pertama.

UMUM 
KA‘B IBN ZUHAYR ( ?–26 H./ ?–646 M.)

Ka‘b ibn Zuhayr ( ?–26 H./ ?–646 M.) ialah penyair

terkenal. Nama penuhnya ialah Ka‘b ibn Zuhayr ibn

Abu Sulma al-Muzanni. Dia hidup dalam zaman

Jahiliah dan zaman Islam dan merupakan sahabat

Rasulullah SAW yang terkemuka.

UMUM 
ABU HURAYRAH

Abu Hurayrah (21 S.H.–59 H./602 M.–679 M.),

salah seorang sahabat yang setia dan keturunannya

berasal daripada kabilah al-Azd. Nama penuhnya

ialah ‘Abd al-Rahman ibn Shakr al-Dawsiy. Dia

dibesarkan dalam keadaan yatim pada zaman Jahiliah.

Yang pasti, dia memeluk Islam melalui al-Tufayl ibn

‘Amru al-Dawsiy yang datang menemui Rasulullah

SAW. Sebelum Hijrah, Abu Hurayrah r.a. bersama-sama

kaum kerabatnya yang memeluk Islam tidak

bergabung dengan Rasulullah SAW melainkan

setelah tamat pembukaan Khaybar. Abu Hurayrah

datang dengan 80 orang kabilah Daws yang

memeluk Islam. Kebetulan kedatangan mereka

ketika orang Muhajirin baru kembali dari Habsyah,

yang diketuai oleh Ja’far ibn Abi Talib r.a. Rasulullah

SAW meraikan mereka dengan memberikan

sebahagian harta rampasan Khaybar. Abu Hurayrah

sentiasa mendampingi Rasulullah SAW dan menjadi

ketua ahli al-Suffah di Masjid Nabawi.

UMUM 
ABU AL-HAYTHAM IBN AL-TAYHAN

Abu al-Haytham ibn al-Tayhan ( ? –20 H./

? –641 M.), sahabat Rasulullah SAW daripada

golongan Ansar. Nama sebenarnya ialah Malik ibn

al-Tayhan. Dia berasal daripada keturunan kabilah

al-Aus iaitu salah satu kabilah yang terdapat di

Madinah. Walaupun dia dibesarkan pada zaman

Jahiliah tetapi dia amat membenci penyembahan

berhala. Dia berpegang pada agama tauhid. Oleh

sebab itu dia segera memeluk Islam dan

merupakan antara enam orang terawal menemui

Rasulullah SAW di Makkah dan beriman kepada

Baginda. Dia juga hadir dalam dua Bai’ah, iaitu

Bai’ah Aqabah I dan Bai’ah Aqabah II serta dilantik

sebagai salah seorang naqib.

UMUM 
12

Kembali ke atas