MESIN JAHIT | Mesin jahit ialah mesin yang menggunakan jarum untuk mencantumkan kain dengan benang. Mesin jahit meringankan kerja rumah dan membantu keluarga mendapatkan pakaian yang lebih baik dan murah berbanding dengan perbelanjaan yang terpaksa dikeluarkan. Di kilang, mesin jahit membantu pengeluaran pakaian secara besar-besaran. | UMUM | |
ROSS, BETSY | Ross, Betsy (1752–1836), tukang jahit Amerika yang bekerja sebagai pembuat bendera di Philadelphia semasa Revolusi Amerika. | UMUM | |
SINGER, ISAAC MERRIT | Singer, Isaac Merrit (1811–1875), orang Amerika yang mencipta perkakasan mesin jahit dengan lebih universal. | UMUM | |
PETIT POINT | Petit point ialah bentuk sulaman yang halus, selalunya dijahit di atas kanvas jejaring halus. Istilah ini juga digunakan untuk menggambarkan kanvas yang telah siap. Petit point kadangkala dikenali juga sebagai jahit khemah (tent stitch) atau jahit setengah (half stitch). | UMUM | |
MOTOR ELEKTRIK | Motor elektrik ialah mesin yang menukarkan tenaga elektrik kepada tenaga mekanikal untuk melakukan kerja. Motor elektrik digunakan untuk menggerakkan pelbagai mesin dan jentera. Mesin basuh, penyaman udara dan pembersih vakum termasuk motor elektrik, begitu juga pengering rambut, mesin jahit dan penggerudi elektrik dan gergaji elektrik. Pelbagai jenis motor menggerakkan peralatan mesin, robot dan lain-lain kelengkapan untuk membolehkan kilang berjalan lancar. | UMUM | |
KAIN KAMPUH | KAIN KAMPUH, kain sarung panjang yang diperbuat daripada dua keping kain tenunan berlerang kecil dan dicantum jahit bagi menjadikannya sehelai kain sarung. Ada kalanya, bagi mendapatkan kain sarung hingga ke paras dada, kain itu dikampuh tiga. | BUDAYA | Kraf Tangan |