Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jakarta


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PIAGAM JAKARTAPIAGAM JAKARTA, persetujuan yang dicapai antara nasionalis Islam dengan nasionalis (kebangsaan) Indonesia mengenai pembentukan negara bangsa Indonesia menjelang pengisytiharan kemerdekaan Indonesia. Persetujuan ini telah dicapai oleh Badan Penyelidik Usaha-Usaha Persiapan Kemerdekaan Indonesia (BPUPKI), iaitu satu panitia yang telah dibentuk pada 28 Mei 1945. Pada sidang kedua BPUPKI, satu panitia kecil telah ditubuhkan. Ahli-ahlinya terdiri daripada Sukarno, Mohammad Hatta, A.A. Maramis, Abiskusno Tjokrosujoso, Abdul Kahar Muzakar, Haji Agus Salim, Ahmad Subardjo, Wahid Hasjim dan Muhammad Yamin. Pada 22 Jun 1945, panitia ini berjaya mencapai suatu modus persetujuan yang kemudian dikenal sebagai Piagam Jakarta (Jakarta Charter). Kandungan Piagam Jakarta hampir sepenuhnya tercermin dalam Pembukaan Undang-Undang Dasar 1945 (UUD 45), iaitu sistem pemerintahan negara Indonesia. Modus persetujuan itu juga mempengaruhi rumusan rancangan UUD bagi Indonesia merdeka.SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
JAKARTA UMUM 
DEWAN KESENIAN JAKARTADEWAN KESENIAN JAKARTA, lembaga pembinaan kesenian Indonesia. Sebagai salah satu unsur lembaga Pusat Kesenian Jakarta, Dewan Kesenian Jakarta (DKJ) dibentuk oleh masyarakat seniman pada 7 Jun 1968 untuk berfungsi sebagai pusat segala aktiviti para seniman.SASTERAInstitusi/Organisasi
DIALEK MELAYU JAKARTADIALEK MELAYU JAKARTA, salah satu nama kepada bahasa Melayu yang digunakan di Jakarta, Indonesia. Nama lain ialah bahasa Betawi, bahasa Melayu Betawi dan bahasa Jakarta. Bahasa ini dituturkan oleh penduduk asli Jakarta. BAHASABahasa
EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA

EJAAN RUMI BAHARU BAHASA MALAYSIA, sistem ejaan yang telah diisytiharkan penggunaannya serentak di Kuala Lumpur dan di Jakarta pada 16 Ogos 1972. Di Kuala Lumpur, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Abdul Razak bin Hussain manakala di Jakarta, pengisytiharan tersebut dilakukan oleh Presiden Suharto. Mulai saat itu, bahasa Melayu (Malaysia) dan bahasa Indonesia menggunakan sistem ejaan yang sama.

BAHASABahasa
TAMAN ISMAIL MARZUKI

TAMAN ISMAIL MARZUKI, kompleks Pusat Kesenian Jakarta.  Kompleks ini terletak di atas tanah seluas 8.3 hektar, di Jalan Cikini Raya No. 73, Jakarta Pusat, Indonesia.  Taman Ismail Marzuki (TIM) mengambil sempena nama Ismail Marzuki, seorang pencipta, penggubah dan pemuzik terkenal, berasal dari Jakarta bagi mengenang jasanya dalam dunia muzik.  Gagasan penubuhan TIM dicetuskan oleh seniman Senen yang kemudian dipersetujui oleh Ali Sadikin, Gabenor DKI Jakarta Raya ketika itu.  Tapak asal TIM adalah Kebun Binatang Cikini, yang kemudiannya dipindahkan ke Ragunan, Jakarta Selatan.

BUDAYABandar/Negeri/Negara/Tempat
SURABAYA

Surabaya (pend. 2 159 170) ialah bandar raya

kedua terbesar di Indonesia selepas Jakarta. Ia juga

merupakan ibu provinsi Jawa Timur. Surabaya

adalah pusat industri dan perniagaan utama.

Pelabuhannya, Tanjung Perak adalah sebuah

pangkalan tentera laut utama Indonesia dan satu

daripada pusat pelayaran yang penting.

UMUM 
SYAIR BURUNGSYAIR BURUNG, puisi Melayu Tradisional. Syair Burung mengandungi ajaran Islam. Naskhah syair ini terdapat di Jakarta dan Leiden. Naskhah di Jakarta (Bat. Gen. 61) yang ditulis pada 30 Syawal 1248 H. Menyebut seorang yang bernama Talib, pedagang di Malabar sebagai penulisnya. Naskhah di Leiden (KL. 171) yang ditulis pada tahun 1857 menyebut Raja Hassan, anak Raja Ali dari Pulau Penyengat sebagai penulis. Syair ini pernah dicap batu di Singapura dan Jambi. Naskhah di Jakarta diterbitkan oleh Jumsari Jusuff dan rakan-rakan.SASTERAKonsep
ZUBER USMAN

ZUBER USMAN  (1916-1976),  penulis Indonesia.    Dia lahir pada 15 Disember 1916 di Padang.  Dia mendapat pendidikan di Thawalib School di Padang (1933), Islamic College di Padang Panjang (1937), Taman Dewasa Raya Taman Siswa Jakarta, Fakultas Sastera, Universitas Nasional (1961) dan Fakultas Keguruan dan Ilmu Pendidikan,  Universitas Indonesia (1962). Zuber pernah menjadi guru Sekolah Ibtidaiyah Muhammadiyah Alai Padang (1934-1937); Sekolah Tsanawiyah (1937-1938); HIS Muhammadiyah, Jakarta (1938-1939); Sekolah Tsanawiyah Muhammadiyah, Sengkong (1939-1941); Taman Siswa, Jakarta (1941-1948); SMA I Budi Utomo Jakarta (1956-1960); pensyarah IKIP Jakarta dan IKIP Muhammadiyah (1962-1976). Dia turut menjadi pemimpin umum majalah Raya (1935-1937) dan redaktur Balai Pustaka (1946-1949).

SASTERATokoh
BETAWI

Betawi, nama lama bagi Jakarta. Kawasan asalnya terletak di muara Sungai Ciliwung.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
12345678910...

Kembali ke atas