SUYUTIY AL-JALAL AL-DIN | Suyutiy al-Jalal al-Din (849–911 H./1445–1505 M.) ialah ahli ilmu hadith dan tafsir, bahasa, sejarah, sastera, fiqh dan lain-lain. Nama penuhnya ialah ‘Abd al-Rahman ibn Abu Bakar, Jalal al-Din. Nama Suyutiy dinisbahkan kepada Asyut, sebuah bandar di tanah tinggi Mesir. | UMUM | |
BUGHYAH AL-WU‘AT FI TABAQAT AL-LUGHAWIYYIN WA AL-NUHAH | Bughyah al-Wu‘at fi Tabaqat al- Lughawiyyin wa al-Nuhah ialah karya abad ke- 9 H. yang dikarang oleh al-Imam Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman ibn Abu Bakar al-Suyutiy (meninggal dunia pada tahun 911 H./1505 M.). | UMUM | |
PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI | PERTUBUHAN PERPADUAN PEMBEBASAN PATANI, pertubuhan gerila bawah tanah yang ditubuhkan pada tahun 1968. Pertubuhan Perpaduan Pembebasan Patani atau Patani United Liberation Organization (PULO), ditubuhkan untuk mengkoordinasikan beberapa pertubuhan gerila yang bergerak menentang pemerintah Thailand di empat wilayah Thailand Selatan, iaitu Patani, Yala, Narathiwat dan Satun. Dua buah gerakan lain yang berjuang untuk kemerdekaan Patani ialah Barisan Nasional Pembebasan Patani (BNPP) yang ditubuhkan pada tahun 1959 oleh Tengku Abdul Jalal (Adul Na Saiburi) dan Barisan Revolusi Nasional (BRN) yang diasaskan oleh Ustaz Abdul Karim Hassan pada tahun 1963. Aktiviti pertubuhan-pertubuhan ini mencapai kemuncaknya dari tahun 1970 hingga tahun 1975. Empat wilayah di Thailand Selatan diberi gelaran sebagai ‘kawasan bebas’ yang dikuasai oleh ‘pemerintah halimunan’ yang mencabar kekuasaan pemerintah pusat di Bangkok. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |