Sungai Don ialah jalan air yang penting di barat daya Rusia. Sungai Don bermula dari sebuah tasik kecil dekat Tula. Sungai ini mengalir ke selatan sejauh 1963 kilometer hingga ke Laut Azov. Kapal besar boleh belayar di sungai ini sejauh kira-kira 1300 kilometer. Satu terusan menyambungkan Sungai Don dengan Sungai Volga, di tempat sungai-sungai ini terpisah 60 kilometer. Bahagian utara Sungai Don mengalir melalui kawasan hutan berpaya. Tetapi sebahagian besar sungai ini mengalir melalui ladang yang subur dan kawasan balak. |