Terowong Saint Gotthard ialah dua buah terowong – terowong jalan raya dan terowong kereta api melalui Pergunungan Alps di selatan Switzerland . Terowong jalan raya, dikenali Terowong Jalan St. Gotthard ialah terowong kenderaan bermotor terpanjang di dunia yang panjangnya 16.3 kilometer. Terowong kereta api pula sepanjang 15 kilometer. Kedua-dua terowong ini hampir selari sejauh 1200 meter di atas aras laut. Kedua-duanya menyediakan laluan mudah bagi melintasi Lepontine Alps menggunakan laluan di antara Zurich , Switzerland, dengan Milan di utara Itali. Untuk lokasi, lihat Switzerland (peta). Terowong kereta api dibina antara tahun 1872 hingga tahun 1882. Terowong jalan raya disiapkan pada tahun 1980. |