LAUNGAN JALANAN | | UMUM | |
KARNIVAL | Karnival ialah pesta yang melibatkan nyanyian, tarian dan permainan muzik, dan perarakan jalanan yang bising dan berwarna-warni. | UMUM | |
ORGAN TANGAN | Organ tangan ialah nama umum untuk beberapa jenis alat muzik yang menghasilkan muzik apabila pemainnya memutar hendalnya. Jenis yang paling umum ialah organ putar, atau organ piano, yang dimainkan oleh pemuzik jalanan. Alat ini terdiri daripada sebuah kotak yang mengandungi paip atau pipit lelidah logam dan silinder, yang dikenali sebagai tong, di mana pancang disusunkan. Apabila tong dipusing, pancang akan membuka injap pada paip tertentu. Putaran tersebut akan menyebabkan asakan masuk udara ke dalam paip yang terbuka lalu mengeluarkan muzik. | UMUM | |
PIAF, EDITH | Piaf, Edith (1915–1963), penyanyi dan penari kabaret Perancis, yang terkenal dengan lagu cinta kecewa seperti ‘La Vie En Rose’ dan ‘Non, Je Ne Regrette Rien’. Dia lahir di Paris dengan nama asal Edith Gassion, anak perempuan seorang ahli akrobat yang terkemuka. Setelah ditinggalkan oleh ibunya ketika masih kecil, dia menjadi penyanyi jalanan ketika berusia 15 tahun. Pada tahun 1935, wanita muda tersebut mendapat nama baru iaitu Piaf (yang bermaksud ’burung ciak’), yang diberikan oleh seorang pemilik kelab malam. Pada lewat tahun 1930-an, dia muncul di pentas dalam filem arahan Jean Cocteau berjudul Le Bel Indifferent dan beberapa filem lain, termasuklah French- Cancan yang diterbitkan oleh Jean Renoir. | UMUM | |
STOCKHAUSEN, KARLHEINZ | Stockhausen, Karlheinz (1928– ), penggubah muzik Jerman, yang menjadi penggerak utama dalam pengembangan muzik moden semenjak awal tahun 1950-an. Stockhausen mencipta muzik daripada bunyi yang luar biasa. Gubahannya menggunakan bunyi elektronik sintetik dan bunyi semula jadi seperti statik radio, pidato, dan bunyi jalanan. Dia kadangkala mengherotkan bunyi ini secara elektronik. | UMUM | |
KETIADAAN TEMPAT BERTEDUH | Ketiadaan tempat berteduh ialah satu keadaan bagi seseorang yang tidak mempunyai alamat yang tetap. Mereka yang tiada tempat berteduh ini biasanya tinggal di bangunan-bangunan yang terbiar, di bawah jambatan, stesen bas, hotel-hotel murah, tempat persinggahan kecemasan dan jalanan. | UMUM | |