PAGAR POKOK | Pagar pokok ialah jaluran pokok renek atau pokok kecil yang ditanam rapat-rapat untuk dijadikan sempadan. Peladang di sesetengah negara menanam pokok renek sebagai pagar untuk mencegah haiwan ternak daripada merayau- rayau atau untuk mencegah haiwan liar daripada memasuki ladang. | UMUM | |
ANYAMAN | Hasil daripada satu proses menjalinkan helaian atau jaluran daun, lidi, rotan, akar, buluh dan beberapa jenis tumbuhan lain dengan cara menyusun dan menyusupkannya antara satu sama lain. Bahan asas ini dikeringkan dan dibentuk (memanjang, halus, nipis) terlebih dahulu sebelum proses anyaman dimulakan. | BUDAYA | Kraf Tangan |
DALMATIA | Dalmatia, wilayah Croatia yang menganjur di sepanjang jaluran pantai hingga ke kawasan pedalaman di sepanjang Laut Adriatik. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Bandar/Negeri/Negara/Tempat |
AYAM PRAIRI | Ayam prairi ialah nama dua spesies unggas Amerika Utara. Unggas ini hidup di dataran tengah dan dataran barat Amerika Syarikat. Ayam prairi besar panjangnya lebih kurang 45 sentimeter dan beratnya lebih kurang satu kilogram. Bulunya coklat kekuning-kuningan dan putih di bahagian atas, serta dilintangi jaluran hitam, putih dan berjalur di bawahnya. Kepalanya berwarna kuning air dengan jaluran perang coklat. Ayam prairi kecil lebih kecil, iaitu lebih kurang 40 sentimeter panjang. Bulunya lebih pucat daripada bulu ayam prairi besar. | UMUM | |
SITAR | Sitar ialah alat muzik bertali yang berasal dari India atau Parsi. Alat ini digunakan dalam muzik klasik di utara India, Pakistan dan Bangladesh. Sitar mempunyai leher yang panjang dan lebar yang dibuat daripada kayu dan badan berbentuk buah pear yang dibuat daripada buah labu yang besar. Terdapat 7 utas tali utama yang dipetik oleh ahli muzik dengan menggunakan pemetik wayar yang dipakai di jari telunjuk kanan. Sitar juga mempunyai 12 atau lebih tali penurut. Tali ini bergetar apabila tali utama dimainkan. Jaluran logam yang boleh laras yang dikenal sebagai fret dipasang pada leher sitar. Jaluran logam ini berfungsi sebagai panduan penjarian bagi tangan kiri. | UMUM | |
TATAH DALAM | Tatah dalam ialah sejenis hiasan yang biasanya dibuat dengan membuat reka bentuk pada permukaan sesuatu bahan dan mengisi reka bentuk ini dengan bahan lain yang sering kali berbeza dengan ketara. Tatah dalam biasanya dikaitkan dengan perabot kayu. Jenis tatah dalam yang paling biasa mempunyai jaluran kecil kayu berwarna cerah yang dilekatkan pada latar kayu berwarna lebih gelap, seperti mahagoni. | UMUM | |
PERGUNUNGAN SAINT ELIAS | Pergunungan Saint Elias ialah satu siri tanah yang berceranggah di pergunungan berpantai tertinggi di dunia. Pergunungan ini memanjang di sempadan Alaska, tenggara Amerika Syarikat, dan Wilayah Yukon, Kanada. Banjaran ini hampir 480 kilometer panjang. Lebar maksimumnya 160 kilometer, tidak termasuk dataran pantai dan jaluran kaki bukit. | UMUM | |
LITORAL | Litoral, kawasan yang merujuk kepada suatu jaluran tanah sehingga lima kilometer ke daratan dari garisan pantai. | GEOGRAFI DAN GEOLOGI | Proses/Tindak Balas |