| PERALATAN PEMBINAAN | Peralatan pembinaan merupakan jentera yang digunakan untuk membina dan merobohkan jambatan, bangunan, dan struktur-struktur lain. Jentera ini biasanya dapat menjimatkan tenaga kerja, wang, dan masa. Sebuah jentera dapat melakukan kerja yang lebih banyak dalam masa satu jam berbanding seratus orang pekerja yang menggunakan peralatan tangan dalam satu hari. Jentera utama untuk membina bangunan termasuk (1) jentera korek tanah, (2) mesin angkat dan kendali bahan, dan (3) mesin pam. | UMUM | |
| TERMOS | Termos ialah bekas penyimpan cecair panas atau sejuk untuk beberapa jam. Ia juga dikenali sebagai kelalang vakum atau kelalang Dewar . Botol termos mempunyai beberapa saiz, berbeza mengikut kapasiti, iaitu daripada 60 mililiter hingga 60 liter. Ia juga mempunyai pelbagai kegunaan. Termos lazimnya digunakan untuk membawa minuman seperti kopi, jus, susu, ataupun sup. Termos juga digunakan dalam kerja perubatan dan saintifik untuk menyimpan ubat-ubatan dan bahan kimia, memindahkan tisu dan organ dan untuk mengawet plasma darah. | UMUM | |
| BIG BEN | Big Ben ialah loceng besar di menara jam Bangunan Parlimen di London. Big Ben beratnya 12 tan metrik. Diameternya 2.7 meter dan tingginya 2.3 meter. Big Ben mula bergema pada tahun 1859. Menjelang malam Tahun Baru 1923, loceng ini buat pertama kali didengari di radio, dan menjelang Tahun Baru 1949, loceng ini dan menara loceng yang terang-benderang muncul di kaca televisyen. Ia dipasang semasa Sir Benjamin Hall yang tinggi lagi gempal menjadi pesuruhjaya kerja raya. Benjamin digelar Big Ben dan anggota Parlimen menamakan loceng Big Ben sempena namanya. | UMUM | |