Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : Ar kelonggaran yg diberikan utk menghimpunkan solat fardu (dgn syarat yg dibolehkan): sembahyang ~; ~ takdim perbuatan menghimpunkan sem­bahyang (zohor dan asar, atau maghrib dan isyak) yg ditunaikan pd waktu sembahyang yg pertama (zohor atau maghrib); ~ takhir perbuatan menghimpunkan sembahyang (zo­hor dan asar, atau maghrib dan isyak) yg ditunaikan pd waktu sembahyang yg kedua (asar atau isyak); menjamakkan menghimpunkan dua solat (zohor dan asar atau maghrib dan isyak) dlm satu waktu. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : memang telah demikian biasanya; lazim. menjamakkan menjadikan (menganggap) biasa; melazimkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
jamak
Rujuk :biasa


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
JAMAK

Jamak, bentuk kata yang menunjukkan makna banyak atau lebih daripada satu.

BAHASAKonsep
SYAITAN

Syaitan ialah makhluk yang sangat jahat dan suka

menyesatkan manusia. Dalam al-Qur’an perkataan

<i>iblis i>dan <i>syaitan i>banyak kali diulang dalam ayat-ayat

yang berlainan. Perkataan iblis disebut dalam bentuk

kata tunggal sebanyak 11 kali, sementara perkataan

syaitan disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata

jamak sebanyak 18 kali. Begitu juga perkataan <i>al-Jini>

dan <i>al-Jinnah i>dalam beberapa ayat dalam al-Qur’an

yang disebut dalam bentuk kata tunggal dan kata

jamak kebanyakannya membawa makna syaitan.

UMUM 
SURAH-SURAH AL-QUR'AN

Surah-surah al-Qur’an, kumpulan ayat yang

terdapat dalam al-Qur’an. Ia mempunyai permulaan

dan pengakhiran yang khusus bahkan terputus dari

surah yang sebelumnya. Semua surah dimulakan

dengan bacaan Bismillah kecuali surah al-Tawbah.

Perkataan ‘surah’ sebenarnya diambil daripada

perkataan <i>suwari>. Perkataan <i>suwar i>pula bermaksud

pagar kota. Perkataan <i>suwar i>juga kata jamak untuk

perkataan <i>surahi>.

UMUM 
ARASY

Arasy, singgahsana Allah SWT. Perkataan Arasy yang diambil daripada bahasa Arab, <I style="mso-bidi-font-style: normal">al-ArsyI> dalam bentuk tunggal atau <I style="mso-bidi-font-style: normal">alI>-<I style="mso-bidi-font-style: normal">Urusy I>dalam bentuk jamak bermaksud sesuatu yang beratap atau berbumbung.

AGAMAKonsep

Kembali ke atas