Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jambi

Puisi
 

Pangeran duduk di Jambi,
     Puyuh maharam di atas padi;
Sangat hairan di hati kami,
     Guruh menderam hujan tak jadi.


Lihat selanjutnya...(10)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
BAHASA MELAYU JAMBI

BAHASA MELAYU JAMBI, bahasa Melayu yang digunakan di Propinsi Jambi, Sumatera, Indonesia. Nama Melayu mula muncul di daerah ini pada tahun 644 M. apabila sebuah kerajaan yang besar bernama Melayu wujud pada abad ke-7 M. di daerah ini.

BAHASAKonsep
JAMBI

JAMBI, ibu kota dan pelabuhan utama kerajaan Malayu (Suwarnabhumi) pada abad ke-7 M., ketika keagungan kerajaan Sriwijaya.  Kedudukannya yang menghala ke Selat Melaka dan Laut Cina Selatan menyebabkan kapal-kapal dari China, India dan Kepulauan Melayu mudah singgah di sini bagi mendapatkan bekalan dan perkhidmatan.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIBandar/Negeri/Negara/Tempat
PANGERAN ADIPATI ANUM

PANGERAN ADIPATI ANUM ( ? ?), panglima kerajaan Jambi.  Dia ialah anak Pangeran Ratu Jambi, pemerintah Jambi.  Dalam sejarah hubungan antara Jambi dengan kerajaan Johor pada abad ke-17, nama Pangeran Adipati Anum selalu disebut terutama ketika mengetuai angkatan perang Jambi.  Hubungan antara Jambi-Johor berlaku apabila Sultan Hammat Syah Johor (m.m.1613-1623) mengahwini puteri Jambi.  Sultan Hammat Syah memperoleh seorang putera, Raja Ibrahim, yang bergelar Raja Muda.

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh
BATANGHARIBatanghari, sungai yang terletak di Propinsi Jambi, Sumatera Barat, Indonesia. Lembah dan Kuala Batanghari merupakan salah sebuah kawasan yang terawal pernah diteroka oleh penduduk di Sumatera. SEJARAH DAN ARKEOLOGIKonsep
SUMATERA

Sumatera ialah pulau yang kedua terbesar di

Indonesia selepas Kalimantan. Ia adalah pulau yang

keenam terbesar di dunia. Sumatera, berserta pulau-pulau

kecil yang berdekatan dengannya, terdiri

daripada lapan wilayah atau provinsi. Wilayah-wilayah

ini ialah Aceh, Bengkulu, Jambi, Lampung,

Riau, Sumatera Utara, Sumatera Selatan, dan

Sumatera Barat.

UMUM 
SYAIR BURUNGSYAIR BURUNG, puisi Melayu Tradisional. Syair Burung mengandungi ajaran Islam. Naskhah syair ini terdapat di Jakarta dan Leiden. Naskhah di Jakarta (Bat. Gen. 61) yang ditulis pada 30 Syawal 1248 H. Menyebut seorang yang bernama Talib, pedagang di Malabar sebagai penulisnya. Naskhah di Leiden (KL. 171) yang ditulis pada tahun 1857 menyebut Raja Hassan, anak Raja Ali dari Pulau Penyengat sebagai penulis. Syair ini pernah dicap batu di Singapura dan Jambi. Naskhah di Jakarta diterbitkan oleh Jumsari Jusuff dan rakan-rakan.SASTERAKonsep
SEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYUSEJARAH PERKEMBANGAN BAHASA MELAYU, sejarah perkembangan bahasa Melayu dari zaman dahulu hingga kini. Bahasa Melayu dari segi sejarah telah wujud pada abad ke-2 M. di Vietnam.  Prasasti berbahasa Melayu (yang tertua setakat ini) ditemui di Dong Yen Chau, Teluk Touraine, Vietnam yang bertarikh pada abad ke-4 M.  Prasasti Muara Kaman, Kutai , Kalimantan Timur pula bertarikh pada 400 M.  tetapi masih menggunakan bahasa dan tulisan Sanskrit.  Hanya nama raja di tempat itu yang menggunakan nama Melayu.  Kemudian terdapat juga sebuah prasasti yang bertarikh pada awal abad le-7 M. Yang ditemui di Sajamerta, Jawa Tengah.  Selepas itu terdapat prasasti yang ditemui di daerah induk bahasa Melayu iaitu di Kedukan Bukit, Talang Tuwo, Kota Kapur dan Karang Brahi.  Kesemua prasasti ini bertarikh pada akhir abad ke-7 M., dan tempat-tempat tersebut terletak di Palembang, Jambi dan Pulau Bangka.BAHASAKonsep

Kembali ke atas