Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : orang perempuan yg pernah berkahwin tetapi tidak bersuami lagi kerana bercerai atau kematian; ~ belum berlaki ki gadis yg telah dinodai orang dan kemudian ditinggalkan; ~ berhias a) janda yg belum mempunyai anak; b) (pe­ngantin) perempuan yg kematian (bercerai dgn) suaminya sebelum berseketiduran dengan­nya; ~ kepulangan minuman yg dibuat drpd kelapa muda; ~ muda janda yg masih muda; ~ sehari perempuan yg berkahwin beberapa hari sahaja lalu bercerai dgn suami­nya; laksana ~ baru bangun tidur prb perempuan yg sangat menarik hati orang laki-laki; spt ~ belum berlaki prb orang yg pesolek lagi pe­malu; berjanda sudah bercerai (menjadi janda), hidup sbg janda; sudah tujuh duduk ~, sembilan beranak tiri, tercecah uban di gigi prb ejekan terhadap orang tua yg hendak berkahwin lagi; menjanda menjadi janda, hidup sbg janda (tidak berkahwin lagi): Lah akan ~ sampai ke mati; kejandaan keadaan menjanda. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : perempuan yg sudah berkahwin tetapi bercerai dgn suaminya atau kematian suami. menjanda sudah bercerai; hidup sbg janda: Halimah telah lama ~. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata janda I

Puisi
 

Putus tali mengikat tangga,
     Mari diikat tali mengkuang;
Putus hati pandang ke janda,
     Kerana janda anak seorang.


Lihat selanjutnya...(41)
Peribahasa

Janda belum berlaki.

Bermaksud :

Gadis yang sudah ditinggalkan oleh lelaki yang menjadi kekasihnya.

 

Lihat selanjutnya...(8)


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
CALONARANG

CALONARANG, sejenis seni drama tari suci di Bali, Indonesia, yang mengambil cerita daripada sastera Jawa kuno.  Kisahnya konon berlaku dalam zaman pemerintahan Raja Airlangga, di sebuah desa bernama Desa Girah. Ada seorang janda yang mempunyai ilmu hitam bergelar Calonarang.  Janda ini mempunyai seorang anak yang cantik bernama Ni Ratna Manggali, tetapi tiada pemuda yang berani melamar anaknya.  Akibatnya janda itu mengancam rakyat Airlangga dengan menyebarkan penyakit yang memusnahkan.  Raja Airlangga meminta bantuan pendetanya, Empu Barada, untuk menakluki ilmu sihir janda itu dan menundukkannya.  Empu Barada menghantar muridnya, Bahula, yang menyamar sebagai Ratna Manggali dan turut menyamar sebagai murid Calonarang.  Bahula berjaya mendapatkan ‘buku rahsia’ Calonarang, membawanya kepada Empu Barada dan akibatnya kuasa hitam Calonarang dapat dialahkan.  Airlangga kembali tenteram.

BUDAYADrama/Filem/Teater/Persembahan
ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU

ADAT PERKAHWINAN MINANGKABAU, adat perkahwinan yang diamalkan oleh masyarakat Minangkabau yang tinggal di Sumatera Barat, Indonesia. Adat perkahwinan Minangkabau mengikut pola sistem nasab ibu. Fungsi terpenting perkahwinan adalah untuk mengakrabkan hubungan  antara kaum, atau menaikkan status dan prestij kaum atau keluarga. Perkahwinan yang paling baik adalah antara anak dengan kemenakan atau anak dengan bako (keluarga sebelah bapa), antara mereka yang telah punya hubungan kerabat dan antara mereka yang sekampung. Baik Islam mahupun adat, melarang perkahwinan sesuku, demi mencegah keterkongkongan suku. Orang yang melanggar adat di pulau atau diusir keluar dari ‘nagari’ (kampung). Satu lagi perkahwinan yang tidak direstui dan melanggar adat ialah perkahwinan dengan janda seorang kerabat, kaum atau tetangga. Orang Minangkabau juga mengamalkan perkahwinan yang unik ialah ganti lapik dan cina buta. Ganti lapik perkahwinan antara seorang duda atau janda dengan saudara pasangannya yang telah meninggal dunia. Perkahwinan ini bertujuan menyambung semula ikatan yang diputuskan oleh takdir. Cina buta disebut juga cendera buta.

 

BUDAYAKonsep

Kembali ke atas