Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[jang.ku.ngan] | جڠکوڠن

Definisi : dua batang kayu (tongkat) yg bertakuk atau mempunyai tempat letak kaki sbg tempat berdiri (permainan kanak-kanak supaya menjadi tinggi). (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jangkungan


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
STILT

Stilt ialah burung randuk berkaki panjang, kurus.

Kaki yang kurus ini menjadikan burung ini

kelihatan seperti berjalan di atas jangkungan (stilt

dalam bahasa Inggeris). Stilt berkaitan dengan

avocet, dan ia tinggal di Hemisfera Timur dan

Barat. Kakinya biasanya berwarna samar terang.

Paruhnya yang nipis, runcing berwarna hitam. Stilt

lebih kurang 40 sentimeter panjangnya. Stilt

bersayap hitam luas taburannya di Hemisfera Utara

dan Selatan. Stilt berjalur di Australia mempunyai

kaki berwarna kuning. Stilt membina sarang

dengan melapik tempat yang rendah di atas tanah

dengan rumput. Stilt betina bertelur tiga atau

empat biji telur berwarna zaitun atau krim dan

berbintik-bintik coklat. Stilt hidup di kawasan yang

panas, di sepanjang kolam yang cetek di paya air

tawar dan air masin. Lihat juga Avoset.

UMUM 

Kembali ke atas