Tali pusat ialah satu struktur berupa tali yang
menghubungkan janin (bayi yang belum
dilahirkan) kepada plasenta (uri). Tali pusat
mengandungi dua arteri dan satu vena. Arteri
membawa darah yang mengandungi hasil sisa
daripada janin ke plasenta. Vena pula membawa
darah yang mengandungi oksigen dan bahan
makanan daripada darah ibu kepada janin. Apabila
bayi itu dilahirkan, doktor akan memotong tali
pusat kira-kira 5 sentimeter daripada abdomen
bayi, dengan berhati-hati.
Keguguran juga dikenali sebagai keguguran
spontan, ialah penamatan kehamilan sama ada
secara tidak sengaja atau semula jadi, sebelum
sesuatu janin (bayi yang sedang membesar) boleh
hidup di luar badan ibunya.
Thanks for clicking. That felt good.