NISBAH JANTINA | Nisbah jantina ialah perkadaran lelaki kepada perempuan dalam sesuatu jumlah penduduk. Kajian tentang rekod kelahiran bagi manusia dan haiwan lain menunjukkan bahawa banyak spesies mempunyai lebih banyak individu daripada satu jantina berbanding jantina yang lain. Misalnya, di kalangan manusia, 103 hingga 107 bayi lelaki dilahirkan bagi setiap 100 bayi perempuan. Bagaimanapun dalam jumlah penduduk dewasa, kaum wanita adalah lebih ramai kerana pada puratanya, kaum wanita hidup lebih lama. Kuda melahirkan kira-kira 98 ekor anak kuda jantan bagi setiap 100 ekor anak kuda betina. Ayam pula mempunyai nisbah 95 ekor ayam jantan bagi setiap 100 ekor ayam betina. | UMUM | |
TESTOSTERON | Testosteron ialah satu kumpulan hormon yang merangsangkan perkembangan jantina lelaki. Hormon ini dikenali sebagai androgen, dikeluarkan terutama sekali oleh testikel, sepasang kelenjar seks lelaki (lihat Testikel ). Ovari wanita dan kelenjar adrenal dalam kedua-dua jantina juga mengeluarkan sedikit hormon testosteron dan androgen. | UMUM | |
REDSHANK | Redshank ialah burung randuk di Eropah dan utara Asia. Pada musim pembiakan, kedua-dua jantina burung ini mempunyai tompok putih yang ketara pada sayapnya, bulu ekor yang berjalur putih dan hitam, serta paruh dan kaki yang berwarna jingga merah terang. | UMUM | |
DEMOGRAFI | Demografi merupakan satu kajian tentang penduduk manusia. Ahli demografi (pakar penduduk) mengkaji ciri-ciri seperti umur, bilangan, taburan dan jantina dalam sesuatu kawasan. Maklumat ini diperoleh daripada bancian penduduk ataupun sampel survei kebangsaan. | UMUM | |
OSTEOLOGI | Osteologi ialah sains yang berkaitan dengan struktur dan fungsi tulang. Ahli osteologi mengkaji tulang manusia dan haiwan. Mereka boleh menentukan saiz dan tabiat hidup haiwan prasejarah melalui tulangnya. Mereka juga boleh menyatakan umur, jantina, ketinggian dan berat manusia atau haiwan daripada tulangnya. Osteologi juga termasuk kajian tentang gangguan tulang dan penyakit tulang. Lihat juga Tulang. | UMUM | |
TETRASIKLIN | Tetrasiklin ialah satu daripada famili antibiotik yang digunakan untuk merawat jangkitan. Tetrasiklin menjejaskan banyak jenis bakteria dan mikroorganisma lain termasuk riketsia (lihat Riketsia ). Doktor menggunakan tetrasiklin untuk merawat penyakit seperti tifus, trakoma, dan penyakit saluran jantina. Mereka juga menggunakan tetrasiklin dalam rawatan penyakit akne. Tetrasiklin yang pertama didapati pada tahun 1948. Semenjak itu, tetrasiklin digunakan dengan meluas – malah kerap kali tidak sesuai – digunakan bagi merawat pelbagai jenis penyakit. Penggunaannya yang meluas ini menyebabkan banyak mikroorganisma dapat menentang kesan daripada antibiotik ini. Oleh sebab itu, tetrasiklin tidak lagi berkesan melawan penyakit akibat mikroorganisma ini. | UMUM | |
OBESITI | Obesiti ialah keadaan kadar lemak berlebihan di bahagian tubuh sehingga mengakibatkan pertambahan berat tubuh yang tidak normal untuk sesuatu peringkat umur, jantina dan ketinggian. | PEMAKANAN | Kaedah |
KOMPLEKS OEDIPUS | Kompleks Oedipus, suatu konsep yang digunakan dalam psikoanalisis, merupakan keinginan bawah sedar kanak-kanak untuk mendapatkan kasih sayang yang sepenuhnya daripada ibu bapa yang bertentangan jantina. | UMUM | |
MIASTENIA GRAVIS | Miastenia gravis ialah sejenis penyakit yang tidak berjangkit yang dicirikan dengan keadaan otot-otot tulang yang lemah. Keadaan lemah ini meningkat dengan peningkatan aktiviti fizikal tetapi sedikit sebanyak boleh diredakan dengan cara berehat. Penyakit ini menyerang semua kumpulan umur dan kedua-dua jantina, tetapi ia paling kerap berlaku di kalangan wanita yang berumur antara 15 tahun hingga 30 tahun, dan lelaki yang berumur antara 40 tahun hingga 70 tahun. | UMUM | |
MERAK | Merak ialah salah satu burung yang suka menonjolkan diri kerana berbadan besar dan cantik bulunya. Dari segi teknikal, perkataan merak merujuk kepada burung merak jantan. Burung betina dikenali sebagai burung merak betina. Kebanyakan orang menggunakan perkataan burung merak bagi kedua-dua jantina. | UMUM | |