AKTINOMIKOSIS | Aktinomikosis ialah penyakit berjangkit yang jarang-jarang ditemui yang menjejaskan kesihatan manusia. Ia dicirikan oleh pembentukan abses yang menyakitkan pada mulut, paru-paru, atau organ penghadaman. | UMUM | |
SINDROM REYE | Sindrom Reye ialah sejenis penyakit yang jarang-jarang berlaku, yang menyerang hati dan sistem saraf pusat kanak-kanak. Dalam kes yang berlarutan, penyakit ini boleh mengakibatkan kerosakan otak atau kematian. Penyakit ini lazimnya membunuh antara 10 peratus hingga 40 peratus mangsanya. | UMUM | |
EUROPIUM | Europium (simbol kimia, Eu) ialah satu logam yang jarang-jarang ditemui. Nombor atomnya ialah 63 dan berat atomnya 151.96. | UMUM | |
AMNESIA | Amnesia ialah hilang ingatan sebahagiannya atau, dalam kes jarang-jarang berlaku, sepenuhnya. Kita sering lupa tentang peristiwa kecil harian apabila masa berlaku tetapi seseorang yang mengalami amnesia mempunyai jurang besar dalam ingatannya. | UMUM | |
AKTINIUM | Aktinium, unsur kimia, ialah logam radioaktif berwarna putih keperak-perakan yang jarang-jarang sekali ditemui yang berkilau dalam gelap. Ia terbentuk secara semula jadi melalui pereputan uranium 235. | UMUM | |
ERITROMISIN | Eritromisin ialah antibiotik yang digunakan bagi merawat pelbagai jangkitan bakteria. Ia selamat dan jarang-jarang menyebabkan kesan sampingan yang serius. | UMUM | |
TEODOLIT | Teodolit ialah sejenis alatan yang digunakan oleh juruukur untuk mengukur sudut dan arah. Ia menyerupai alat yang jarang-jarang digunakan yang dinamakan transit. Teodolit memberikan bacaan lebih tepat berbanding transit. Sesetengah teodolit membolehkan ukuran yang lebih hampir dengan satu <i> saat daripada arka i>(pecahan darjah yang didefinisikan sebagai darjah). Kebanyakan teodolit dilekatkan pada <i> tripod i>(tempat letak berkaki tiga). Teodolit dilengkapkan dengan teleskop yang memberi penglihatan yang tepat ke sebarang arah. Plat mengufuk di bawah teleskop memberikan bacaan di sekitar horizon dalam darjah, minit, dan saat arka, manakala plat tegak dan skala yang dilekatkan pada sisi kiri teleskop menyatakan bacaan menegak. | UMUM | |
SINDROM KEJUTAN TOKSIK | Sindrom kejutan toksik atau <i>TSS i>(<i>Toxic shocki> <i>syndromei>) ialah penyakit yang jarang-jarang berlaku yang paling sering terjadi pada wanita muda yang sedang mengalami haid. Gejalanya termasuklah suhu yang tinggi, muntah-muntah, cirit-birit, tekanan darah rendah dan ruam seperti selaran matahari. | UMUM | |
MEMERANG LAUT | Memerang laut ialah haiwan berbulu yang hidup di Lautan Pasifik Utara. Kumpulan memerang laut hidup dekat pesisiran barat Amerika Utara dan Siberia. Ia jarang-jarang meninggalkan air. | UMUM | |
NIGER | Niger ialah sebuah negara besar, yang dilingkungi daratan di Afrika Barat. Gurun dan gunung yang gersang meliputi kebanyakan kawasan utara Niger. Dataran yang diliputi pokok yang jarang-jarang menganjur di sepanjang sempadan selatan. Negara ini secara rasminya disebut sebagai Republik Niger, iaitu sempena nama Sungai Niger, yang mengalir di barat daya negara ini. Niamey ialah ibu negara Niger dan bandar yang terbesar. | UMUM | |