Nabi Ya‘kub a.s. ialah bapa kepada 12 buah puak. Baginda merupakan sandaran bagi bangsa Bani Israel . Baginda digelar <I>Israel I><I>I>yang bermakna “roh Allah” dalam bahasa Ibrani. Nabi Ya’kub a.s. lahir di Kanaan (Palestin). Kemudian, Nabi Ya‘kub a.s. dibesarkan di bawah jagaan bapa baginda, Nabi Ishaq ibn Ibrahim a.s. Ketika dewasa, ibunya menyuruh Nabi Ya‘kub a.s. pergi bermusafir menemui bapa saudara sebelah ibunya di Iraq kerana ibunya takut saudaranya itu berasa marah sekiranya dia tidak menunaikan janjinya dulu. Di sana , Nabi Ya‘kub a.s. mengahwini dua orang anak perempuan pak ciknya. Nabi Ya‘kub a.s. juga diberikan jariah untuk kedua-dua orang isterinya itu. Selepas itu, keempat-empat orang wanita ini telah melahirkan 12 orang anak yang diberi gelaran <I>“I><I>asbat” I>(puak). Setiap mereka inilah yang menjadi bapa kepada puak-puak Bani Israel. Penglihatan Nabi Ya‘kub a.s. pernah hilang akibat terlalu sedih mengenangkan nasib anaknya, Nabi Yusuf a.s. yang telah disingkir oleh saudara-saudaranya melalui konspirasi jahat mereka. Namun, Allah SWT telah mengembalikan penglihatannya setelah dia menerima baju anaknya, Nabi Yusuf a.s. Nabi Ya‘kub a.s. dapat berjumpa semula dengan anaknya itu selepas lama kehilangannya, serta lama menanggung kesedihan dan penderitaan yang berat. Nabi Ya‘kub a.s. wafat di Mesir setelah 17 tahun duduk bersama anak kesayangannya Nabi Yusuf a.s. |