MEMORIAL TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA | Memorial Tunku Abdul Rahman Putra, memorial yang menyimpan dan mempamerkan barang-barang milik Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama. Ia ditubuhkan untuk mengingati dan mengenang jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini menjaga, menyimpan, dan memulihara segala bahan-bahan arkib, muzium dan perpustakaan milik Tunku Abdul Rahman Putra dan hal-hal yang berkaitan dengannya, mempamerkan kepada pelawat bahan-bahan miliknya dan yang berkaitan dengannya,dan menyediakan kemudahan rujukan kepada penyelidik tentang sejarah perjuangan, jasa serta sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra kepada negara. Memorial ini turut berperanan menimbulkan kesedaran dan nasionalisme kepada generasi sebagai monumen yang kekal sebagai peninggalan sejarah, dan untuk menjadikannya sebagai salah satu tarikan kepada pelancong. | UMUM | |
APPLESEED, JOHNNY | Appleseed, Johnny (1774–1845) ialah nama yang diberikan kepada John Chapman, pelopor Amerika yang menanam banyak pokok epal di sepanjang sempadan awal. Dia menjadi wira rakyat hasil daripada banyak novel, cerpen dan puisi mengenai jasanya. Walau bagaimanapun, kebanyakan jasa ini mungkin khayalan sahaja. | UMUM | |
HARI PAHLAWAN | Hari Pahlawan, hari memperingati jasa dan pengorbanan anggota pasukan keselamatan negara yang terkorban semasa mempertahankan kedaulatan, kemerdekaan, dan keamanan negara dalam Perang Dunia Pertama (1914-1918), Perang Dunia Kedua (1939-1945), dan Darurat (1948-1960). | SAINS POLITIK DAN KETATANEGARAAN | Perayaan/Upacara |
BRUNEL | Brunel ialah nama dua orang jurutera anak-beranak, yang terkenal kerana jasa mereka di Britain. | UMUM | |
YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN | YAYASAN TUNKU ABDUL RAHMAN, tabung pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan. Yayasan ini ditubuhkan bagi memperingati jasa dan sumbangan Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Malaysia yang pertama sebagai Bapa Kemerdekaan dan Bapa Malaysia. Yayasan Tunku Abdul Rahman telah ditubuhkan secara rasmi melalui Akta Parlimen Bilangan 43, bertajuk Akta Tabung AmanahYayasan Tunku Abdul Rahman. Akta ini diluluskan di Parlimen pada 15 Julai 1966. Tujuan tabung pendidikan ini diadakan adalah bagi membantu pelajar-pelajar Melayu pada peringkat pengajian tinggi. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Institusi/Organisasi |
PINGAT HANG TUAH | PINGAT HANG TUAH, pingat atau anugerah yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada kanak-kanak yang berumur di bawah 18 tahun sebagai pengiktirafan kepada jasa dan keberanian mereka menyelamatkan nyawa orang lain dalam masa kecemasan. Anugerah ini diberikan setiap tahun sempena Hari Kanak-Kanak Sedunia. Jawatankuasa Pingat Hang Tuah dibentuk untuk memilih kanak-kanak yang layak menerima anugerah ini. | BUDAYA | Anugerah/Hadiah |
QABUS IBN SA‘ID | Qabus ibn Sa‘id (1359 H. – /1940 M.– ) ialah sultan kerajaan Oman. Sultan Qabus ibn Sa’id lahir di bandar Salalah yang terletak di selatan Oman. Ketika berusia 6 tahun, Sultan Qabus telah mula belajar di beberapa sekolah dan pusat pengajian di Oman hinggalah baginda mendapat pendidikan asas yang sempurna. Seterusnya Sultan Qabus menyambung pengajian di United Kingdom dan memasuki Fakulti Ketenteraan Saint Herst dan kembali ke negara sendiri setelah mendapat keputusan yang cemerlang untuk menyumbang jasa kepada pembangunan negara. | UMUM | |
ASKAR YANG TIDAK DIKENALI | Askar yang tidak dikenali. Selepas Perang Dunia I (1914–1918), pegawai negara-negara Berikat menemui banyak mayat askar yang tidak dapat dikenali. Kerajaan Belgium, Perancis, Great Britain, Itali, dan Amerika Syarikat mengambil keputusan memberikan suatu bentuk penghormatan sebagai tanda mengingati askar ini. Setiap kerajaan memilih satu simbol yang mewakili askar mereka yang tidak dikenali, mengebumikan sisa mayat itu di dalam atau berhampiran dengan ibu negara dan membina satu tugu peringatan untuk mengenang jasa askar tersebut. Belgium menempatkan askar yang tidak dikenali di sebuah kawasan perkuburan di dasar Colonnade of the Congress di Brussels. Perancis pula mengebumikan askar yang tidak dikenalinya di bawah Arc de Triomphe di Paris dan menyalakan obor di atas makam tersebut. | UMUM | |
PEJUANG SASTERA | PEJUANG SASTERA, hadiah sastera. Hadiah ini diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada para sasterawan sebagai mengenang jasa dan khidmat bakti mereka dalam bidang kesusasteraan yang amat memberi erti terhadap martabat bangsa dan tanah air. | SASTERA | Anugerah/Hadiah |
ANUGERAH RAMON MAGSAYSAY | ANUGERAH RAMON MAGSAYSAY, anugerah penghormatan yang diberikan kepada individu dan pertubuhan di Asia setiap tahun, sempena memperingati jasa Ramon Magsaysay, Presiden Filipina, yang meninggal dunia pada 17 Mac 1957. Anugerah ini telah dicadangkan oleh John D. Rockfeller III, melalui sepucuk surat kepada Presiden Filipina ketika itu, Charles P. Garcia pada 30 April 1957. Majlis penganugerahan diadakan di Manila pada 31 Ogos setiap tahun. | SEJARAH DAN ARKEOLOGI | Konsep |