Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : pengaruh (kerana kedudukan dlm masyarakat dll) yg digunakan utk menye­lesaikan sesuatu perkara; (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
 
jasa (kata nama)
Bersinonim dengan pekerjaan baik, bakti, khidmat, kebajikan;,
Kata Terbitan : berjasa,

Peribahasa

153

A good deed is never lost

Kebaikan atau jasa seseorang itu akan tetap dikenang meskipun selepas dia meninggal dunia.

Putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua

Today we commemorate the fifth anniversary of the death of the people's princess. Her contribution and kindness will always dwell in our hearts. A good deed is never lost indeed.

Hari ini kami memperingati hari ulang tahun kelima permaisuri berjiwa rakyat. Sumbangan dan kebaikan baginda akan sentiasa tersemat di hati kami. Sesungguhnya, putih tulang dikandung tanah, budi baik terkenang jua.

Peribahasa dan Ungkapan Inggeris - Melayu


Lihat selanjutnya...(5)

Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
PERJANJIAN RENVILLE

PERJANJIAN RENVILLE (1948),  perjanjian antara Indonesia dengan Belanda.  Perjanjian ini dimeterai apabila Perjanjian Linggarjati dicabuli oleh tentera Belanda.  Usaha gencatan senjata dalam konflik Indonesia-Belanda telah sampai ke pengetahuan Majlis Keselamatan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).  Dalam salah satu resolusinya, Majlis Keselamatan telah memerintah kedua-dua belah pihak mengadakan gencatan senjata di bawah pengawasan Komisi Jasa Baik PBB yang terdiri daripada tiga negara yang dipilih oleh negara yang bersengketa.  Indonesia telah memilih Australia sementara Belanda memilih Belgium, dan kedua-dua negara tersebut memilih Amerika Syarikat sebagai anggota ketiga.

SEJARAH DAN ARKEOLOGIPerjanjian/Konvensyen/Triti/Persetiaan

Kembali ke atas