Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata jasin


Ensiklopedia

TajukSinopsisBidangKlasifikasi
MELAKA

Melaka (pend. 504 500) ialah sebuah negeri yang

terletak di pantai barat Semenanjung Malaysia dan

bersempadan dengan Negeri Sembilan dan Johor.

Melaka terdiri daripada tiga daerah, iaitu Alor Gajah,

Melaka Tengah dan Jasin. Negeri ini mempunyai

keluasan 1159 kilometer persegi dan terletak di

garisan lintang 2 0 11’ Utara, dan garisan bujur 102 0

15’ Timur.

UMUM 
SALEH DAUD

SALLEH DAUD (1934 –      ), penulis.  Dia lahir pada 24 Disember 1934 di Cincin, Jasin, Melaka.  Dia menggunakan nama pena Zulastry.  Salleh mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu Cincin, Jasin hingga lulus darjah empat (1941 – 1945).  Kemudian dia menyambung pelajarannya di Sekolah Melayu Durian Tunggal, Melaka hingga lulus darjah lima pada tahun 1948 dan Sekolah Melayu Alai, Melaka hingga darjah enam pada tahun 1949.  Dia pernah menjadi guru pelatih di Sekolah Melayu Bukit Katil, Melaka sebelum melanjutkan kursus perguruan di Sultan Idris Training College (SITC), Tanjung Malim, Perak (1951 – 1954).

SASTERATokoh
IBU ZAIN

IBU ZAIN, (1903-1989), pendidik dan ahli politik. Dia lahir di Kampung Nyalas, Jasin, Melaka. Nama penuhnya Zainun bte Sulaiman. Ayahnya mengajar bahasa Melayu di Maktab Melayu Melaka (1900-1915). Dia belajar bahasa Inggeris daripada Paderi Shellabear di kelas asuhan Bandar Hilir pada tahun 1908. Ibu Zain belajar di Sekolah Rendah Methodist Girls’ School, Tranquera, Melaka sehingga Darjah Tujuh (1916).

SEJARAH DAN ARKEOLOGITokoh

Kembali ke atas